Watak Penggoda Popularkan Syatilla Melvin
PETALING JAYA – Pelakon Syatilla Melvin
menganggap watak wanita penggoda dan kaki kelab malam yang sering
diterimanya adalah satu cabaran besar yang tidak perlu ditolak begitu
sahaja.
Syatilla atau nama sebenar Siti Nur
Syatilla Amirul Melvinn, 22, ini berkata, tidak semua individu boleh
membawa watak berkenaan kerana seseorang itu perlu melakonkannya sebaik
mungkin agar ia benar-benar menjadi.
“Watak wanita jahat dan penggoda
menerusi drama bersiri BFF (Teman Tapi Mesra) yang disiarkan di TV3 pada
tahun lalu benar-benar mengangkat nama saya. Disebabkan watak itulah
kebanyakan pengarah percaya dengan kemampuan saya menggalas peranan
tersebut,” katanya kepada .
Dalam pada itu anak kelahiran Parit
Buntar, Perak ini berkata dia tidak mahu bersandarkan kepada paras rupa
untuk popular tetapi ingin dikenali dengan bakat yang hebat kerana ia
akan membuatkan seseorang itu kekal lebih lama dalam dunia seni.
Ujarnya ketika ini ramai artis baru
muncul dengan pakej wajah yang menarik dan ia merupakan satu persaingan
jika setiap pelakon itu tidak meningkatkan kemahiran ilmu lakonan
mereka.
“Orang yang cantik di luar sana memang
ramai tetapi berapa banyakkan pelakon kita yang benar-benar berbakat?
Ada orang memuji saya ni cantik tetapi saya kata kalau sekadar hanya
harapkan cantik, kita tidak boleh ke mana,” ujarnya. Ditanya mengenai
statusnya sekarang Syatilla berkata, buat masa ini dia masih solo dan
tidak cerewet dalam bab mencari kekasih.
“Saya adalah wanita biasa yang akan
tergoda kepada lelaki yang boleh berkorban demi saya selain mempunyai
sikap yang ikhlas, setia, jujur, kelakar dan manja,” katanya.
Pelakon telefilem Wasilah Cinta dan
Zombie Anak Mamu yang bersiaran di RTM ini juga mula bosan menjawab
pertanyaan tentang hubungannya dengan pelakon popular Shaheizy Sam.
Mereka dikatakan bercinta selepas
Shaheizy hadir di majlis perkahwinan kakak Syatilla iaitu Syafiqa yang
juga juara Gadis Melayu musim kedua pada Julai tahun lepas.
“Kami hanya berkawan baik sahaja dan
saya tidak menafikan memang pernah keluar dengan dia. Hubungan kami
sekadar kawan sebab saya mengenali dia sebelum saya menyertai bidang
seni lagi,” katanya.
0 comments:
Post a Comment