Powered by Blogger.

Anak Terkejut Bila Bapa Berdengkur

Semalam MyNewsHub ada berkongsi tips bagaimana untuk menangani masalah berdengkur ketika tidur.
Salah satu sebab mengapa gejala tersebut perlu diatasi adalah disebabkan oleh…
Bayi anda mungkin terkejut!
Kita yang berdengkur sedap tidur lena. Tetapi si anak?
Video yang ingin kami kongsikan ini menunjukkan seorang bayi yang terkejut apabila seorang lelaki yang mungkin bapanya berdengkur ketika tidur.
Jadi.. Janganlah berdengkur terlalu kuat ketika tidur hingga menyebabkan orang lain terganggu.

Qi Dan Nelydia Berbicara Soal Kahwin


Hubungan mesra yang terjalin di antara dua selebriti, Qi Razali dan Nelydia Senrose kini bukan lagi rahsia apabila kedua-duanya tidak pernah berahsia mengenai perhubungan tersebut ketika ditanya media.
Malah kedua-duanya juga dilihat kadang-kala ada memuat naik gambar mesra dan gambar makan malam bersama di akaun Instagram masing-masing.
Perkenalan menerusi sebuah drama bersiri Friday I’m In Love nyata membuah rasa cinta dalam hati Qi dan Nelydia.
Qi juga sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dan tidak menolak sekiranya Nelydia merupakan jodohnya dunia akhirat.
“Saya dah berusia 35 tahun. Sudah pasti saya ingin menamatkan zaman bujang secepatnya. Tapi saya harus berlaku adil pada Nelydia yang masih muda. Tapi jika ditakdirkan jodoh tiba dalam masa terdekat ini, insyaAllah saya terima,” katanya yang dipetik melalui portal Gua.com.my.
Manakala si gadis, Nelydia menyatakan dia tidak kisah untuk berkahwin awal jika sudah sampai serunya untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat tetapi dia juga mengakui masih belum bersedia sepenuhnya untuk menempuh ke fasa perkahwinan.
“Saya tak pernah terfikir nak kahwin awal atau lambat. Kalau sudah jodoh kahwin pada usia muda, saya terima. Malah saya lebih terbuka untuk berkahwin pada usia yang masih muda kerana saya percaya perkahwinan dapat mengajar erti hidup. Tapi buat masa ini, saya belum 100 peratus bersedia,” ujar Nelydia.
Qi dan Nelydia juga mendedahkan ciri-ciri kematangan yang ada dalam diri masing-masing merupakan daya penarik yang boleh membuatkan kedua-duanya serasi bersama.
Diharapkan hubungan pengacara program Jalan Jalan Cari Makan ini bersama gadis yang didampinginya kini bahagia buat selamanya dan cepat-cepat naik pelamin ya!

Adibah juara program realiti agama Dai: Pendakwah Milenia musim pertama

Adibah juara program realiti agama Dai: Pendakwah Milenia musim pertama - Terbakor
Kemenangan tersebut turut melayakkan gadis berusia 21 tahun ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi dan hadiah sampingan.
Menarik mengenai mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini, dia merupakan finalis yang diberi peluang kedua kembali selepas tersingkir pada minggu ketujuh.
Mengulas mengenai kemenangan empunya nama Nor Adibah Rozain ini, ketua juri Dai: Pendakwah Milenia, Zainal Ariffin Ismail berkata, Adibah memikat hati juri dengan mutu persembahan yang mantap.
“Dia menggunakan strategi tersendiri untuk meletakan dirinya sebagai juara.
“Ia dapat dilihat apabila tugasan kedua di peringkat akhir ini dijalankan dengan cukup sempurna apabila dia menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dan padat,”
katanya dalam sidang media selepas pertandingan ini berakhir.
Tambah Zainal, walaupun Adibah melakukan kesalahan, namun dia mengakuinya dan segera memohon maaf.
“Ini yang membuatkan kami sepakat memilih Adibah, dia sedar kesilapan yang dilakukan dan berusaha membaikinya semula.
“Malah, pengisian yang penuh dengan ayat al-Quran dan hadis memantapkan lagi penyampaiannya,” katanya cara Adibah cukup dekat dan terkesan di hati masyarakat.
Mengulas mengenai finalis Azamudin dan Hadhari pula, akui Zainal, keduanya turut mempunyai kehebatan masing-masing.
“Azam misalnya cukup sempurna menjalankan tugasan dari minggu pertama sehingga ke hari ini namun, ada sedikit kekurangan yang masih perlu diperbetulkan lagi.
“Manakala Hadhari pula, bagi kami dia perlu lebih bersedia berhadapan dengan sebarang cabaran yang diterima,” katanya.
Selain Zainal, tiga lagi juri tetap yang diundang adalah Ustaz Sharhan Shafie, Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Roslan Mohamed dan Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil.
Bukan undi popular
Dalam pada itu, berbicara mengenai persamaan program ini dengan program realiti Islamik yang pernah disiarkan di sebuah stesen televisyen berbayar di negara ini, kata penerbitnya, Shukri Ibrahim, tiada persamaan antara kedua program ini.
“Kita tidak menentukan pemenang menerusi undi dan kepopularan seseorang finalis itu, sebaliknya kemenangan mereka ditentukan oleh juri yang benar-benar layak sahaja.
“Jadi, tidak timbul isu meniru program berkenaan,” katanya.
Diaju pertanyaan mungkin program ini akan ada musim kedua, ujar Shukri, semuanya bergantung kepada pihak stesen itu.
“Semuanya dalam perancangan dan kami harap akan ada musim kedua memandangkan ini platform terbaik mencungkil bakat baru dalam bidang dakwah di negara ini,” katanya.
Hadiah kemenangan untuk berdakwah
Bergelar juara bukanlah segalanya bagi Adibah, sebaliknya dia bersyukur kerana berjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan baik sehingga beroleh kemenangan.
Menurut Adibah, dia tidak menyangka rezeki berpihak kepadanya.
“Bukan mudah untuk tampil lebih baik dari Azamudin dan Hadhari.
“Mereka merupakan pendakwah yang hebat semua ini telah ditentukan oleh ALLAH SWT,” katanya tanggungjawabnya sebagai Dai akan lebih besar selepas ini.
Ditanya apakah yang akan dibuat dengan wang kemenangan itu, jawab Adibah sambil tersenyum, dia akan berkongsi hadiah tersebut dengan mereka yang banyak menyokongnya selama ini.
“Sudah pasti saya akan memberikannya kepada ibu dan bapa selain membelanja rakan-rakan yang banyak membantu perjuangan saya.
“Dalam pada itu, ia juga akan digunakan untuk tujuan dakwah,” katanya lagi.
Reda keputusan juri
Sementara itu bagi Azamudin dan Hadhari, kekalahan tidak bererti apa-apa kepada mereka.
“Sebelum melakukan tugasan terakhir, kami telah berbincang, siapa yang kalah atau menang bukan menjadi persoalan.
“Apa yang kami lakukan ini adalah perjuangan sebagai Dai, yang penting kami telah melakukan yang terbaik,” kata mereka reda dengan keputusan juri.
Tambah kedua-duanya, mereka berbangga dengan kejayaan Adibah dan berharap dapat meneruskan aktiviti sebegini bersama selepas tamat program ini.
Pun begitu, Azamudin dan Hadhari tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya mereka turut menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi dan hadiah sampingan.
Sedikit mengenai tugasan terakhir mereka, ketiga finalis telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan dua tugasan iaitu tinggal bersama keluarga angkat di perkampungan orang asli selama tiga hari dua malam dan diuji tahap penguasaan mereka dengan ilmu Islam yang berkaitan dengan Akidah, Fiqah dan Sirah Nabawiah.

APA MAKNANYA BERTUDUNG JIKA BEGINI PART 2




Huh.. panas.. panas... bila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa kaum lelaki yang melihatnya. 

Apa maknanya bertudung.. jika aurat lain terdedah.. lurah atas terdedah, lurah belakang, seluar dalam terdedah, nampak betis, nampak ketiak.. TAPI bertudung !..

Seperkara lagi ada wanita yang bertudung, tapi berpakaian ketat, sendat. Konsep 'menutup aurat' dengan 'membalut aurat' adalah berbeza.


Ada pula yang bertudung, tapi tiada segan-silu membuat perkara-perkara yang menjatuhkan maruah wanita-wanita lain yang bertudung seperti berkhalwat, minum arak dan sebagainya..

Bertudung, tapi dedah lurah depan 
ini bertudung, tapi macam telanjang je...pakai legging nipis ketat sampai nampak seluar dalam..
bertudung, tapi tayang g-string, saja nak menunjuk kot..
bertudung.. tapi posing menggoda.. saja nak menunjuk peha gebu...
pelik betul..... fesyen apa ni?.. bertudung dan berskirt pendek...
Nampak lurah belakang tu adikkk.... 
bertudung tapi buat perkara haram... adui.. pening2.. 

UNTUK WANITA-WANITA DAN LELAKI JUGA, YANG MASIH KURANG FAHAM TENTANG KONSEP MENUTUP AURAT, IKUTILAH PANDUAN RINGKAS INI.

Nabila Huda: Dia Bukan Teman Lelaki, Dia Soulmate Saya

Hubungan cinta Nabia Huda dan Nas-T bukan rahsia lagi kepada para peminat dunia hiburan, lebih lebih lagi selepas kedua dua mereka membuat pengakuan terbuka akan hubungan ini
Tetapi ada satu kenyataan Nabila Huda yang menarik perhatian kami ketika menonton liputan Melodi tentang kisah percintaan pasangan baru ini di kaca televisyen tengah hari Ahad yang lalu.
Kenyataan sebaris Nabila Huda ini menunjukkan yang hubungan beliau bersama Nas-T kali ini memang di peringkat yang sangat serius sehingga tidak menggelarkan lelaki itu sebagai teman lelaki.
“Dia bukan boyfriend, dia soulmate saya,” ujar Nabila Huda ringkas. “Saya sendiri sudah penat bercinta & memang mencari seseorang yang sedia menerima & memahami diri saya yang sebenarnya”
Selepas menghabiskan masa bersama di kepulauan Bali baru baru ini Nabila Huda dan Nas-T telah terbang pula ke Sydney, Australia untuk menjayakan satu penggambaran drama bersama selebriti lain.

Mayat Di Gali & Di Rogol

Wanita di bawah ini telah dibunuh dan mayatnya telah dibedah. Selepas itu beliau ditanam di kubur yang ditetapkan. Kemudian, entah ada mamat mana yang sangap sangat dekat beliau pergi korek balik mayat beliau lalu rogol puas-puas. Hobi merogol mayat dipanggil sebagai necrophilia dalam bahasa penjajah.

DATUK KAMILIA ENGGAN ULAS | MINTA MEDIA RUJUK LAMAN FACEBOOKNYA

IPOH - Bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang menjadi 'buruan' wartawan sejak semalam meminta pihak media merujuk laman sosial Facebooknya untuk mendapat kenyataan terkini berhubung tindakannya bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar sebagai calon Bebas.

   
Percubaan Bernama untuk menghubunginya selepas penamaan calon selesai semalam akhirnya dijawab dengan kenyataan ringkas pada pagi ini.
   
"I will not speak to the media. I am busy now. (Saya tak nak bercakap dengan media. Sibuk sekarang). Apa-apa boleh rujuk kepada FB saya," katanya dalam perbualan telefon selama 30 saat.
   
Permintaan untuk beliau mengulas tindakannya itu hanya dijawab dengan "No, no...sorry".
   
Tiada perkembangan terbaru dicatat setakat petang ini dalam laman sosial Kamilia yang dipecat oleh Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum kali ini. - Bernama

Followers