Wanita Arab Saudi Dibenar Tunggang Motorsikal
Arab Saudi – Wanita di Arab Saudi kini
dibenarkan menunggang motosikal dan buggy namun dengan satu syarat,
saudara lelaki mereka perlu berada bersama mereka ketika wanita terbabit
menunggang motosikal.
Akhbar al-Yaum melaporkan, wanita di negara berkenaan bebas menunggang di kawasan taman, pantai dan beberapa kawasan lain.
Bagaimanapun dalam masa yang sama,
mereka perlu menutup aurat sementara kehadiran saudara lelaki diperlukan
jika berlaku kemalangan.
Akhbar berkenaan yang memetik sumber
daripada Jawatankuasa Mencegah Jenayah turut menjelaskan bahawa
menunggang motosikal adalah bagi tujuan rekreasi dan tidak harus
digunakan sebagai pengangkutan harian.
“Ini kerana kita bimbang dengan keadaan lalu lintas,’’ kata salah seorang jurucakapnya.
Pihak berkuasa agama itu juga
menasihatkan kaum wanita supaya menjauhi golongan muda yang mengadakan
rapat umum di kawasan tertentu ketika menunggang motosikal.
Ia bagi mengelakkan sebarang konfrantasi dengan kumpulan penunjuk perasaan tersebut.
Sementara itu, ketua badan bukan
kerajaan (NGO) bagi mangsa kemalangan jalan raya, Samia al-Bawardi
menasihatkan kaum wanita supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal
ketika mereka memakai jubah.
“Ini kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan yang dasyat,’’ katanya
0 comments:
Post a Comment