Jacob & Co Sendiri Sahkan Rosmah Tak Beli Cincin RM24 Juta
Kalau berminat untuk membaca artikel ini, silalah pergi dari satu perenggan ke satu peranggan terlebih dahulu.
Kemudiannya fikirlah secara waras, tafsirlah dengan bijaksana kemudian terpulanglah pada diri masing-masing untuk membuat penilaian sendiri.
Kita mulakan artikel ini dengan memetik ayat 191 surah al-Baqarah.
Ia berbunyi begini;
” Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan”.
Kebanyakan ulama tafsir memberi erti fitnah di dalam ayat Al-Quran ini membawa maksud perlakuan kufur dan syirik.
Imam Fakhrulrazi dalam tafsir Kabir memetik Ibn Abbas sebagai berkata, ini kerana pelaku syirik melakukan dosa besar yang melayakkan mereka kekal dalam neraka berbeza dengan kesalahan membunuh.
Syirik dan kufur menjadikan pelakunya terkeluar daripada agama. Ada sebahagian ulama pula memberi erti fitnah sebagai perkara yang mengancam hidup beragama orang Islam samada dengan meracuni akidah orang Islam dengan pelbagai perkara yang meragukan atau pun dengan siksaan seperti yang berlaku ke atas sahabat nabi Muhammad SAW seperti Bilal, Sohaib dan Ammar bin Yasir.
Semua takrifan fitnah ini membawa maksud negatif yang boleh membawa kucar-kacir dalam masyarakat.
Baik, seterusnya jom kita pergi dengan lebih lanjut soal cincin isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor ini.
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard tahun lalu ‘mendedahkan’ maklumat berkaitan cincin berlian yang dikenali sebagai ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’, yang dibawa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Mengikut Chegubard, bukti pembelian cincin bernilai RM24 juta itu diperoleh melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport.
Padanan yang dibuat SAMM mendapati kebanyakan perhiasan Rosmah adalah dari Jacob & Co, syarikat sama yang ditempah untuk menyiapkan cincin berkenaan.
Bagi tujuan itu, mereka mula mencetak CD, mencetak dan menerbitkan phamplete dan diedar di kawasan kerusi majoriti Melayu menunjukkan Rosmah dan cincin berkenaan sejak 2011, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Lebih teruk, disebarkan melalui internet ‘kononnya’ muka depan Utusan Malaysia ada menyiarkan ‘pengakuan’ Rosmah yang tajuknya berbunyi – BELI SENDIRI GUNA DUIT MENABUNG SEJAK KECIL – ROSMAH
Akhirnya didapati ‘muka depan’ itu PALSU dan sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Rosmah sendiri sudah menafikan perkara tersebut namun seperti biasa, ia TIDAK DIPANDANG langsung oleh puak-puak pembangkang ini, sebaliknya isu tersebut terus dimainkan dengan begitu galak sekali, sama ada melalui internet mahupun melalui ceramah-ceramah politik.
Baru-baru ini ‘taukeh’ cincin berlian itu sendiri yang ‘buka mulut’ mengenai isu tersebut.
Pengusaha barang kemas Amerika Syarikat berkenaan tampil menafikan pembelian cincin berlian bernilai RM 24 juta oleh Rosmah daripada mereka.
Pengusaha kedai emas yang berpangkalan di New York itu berkata Rosmah hanya melihat cincin tersebut yang kemudiannya dijual kepada pelanggan yang tidak dinamakan mereka.
“Ia dihantar untuk pameran dan tujuan pemeriksaan, bukan untuk dijual, ,” kata Pengarah di Jacob & Co, Philip Nassimi.
Dalam temuramah video tersebut, Nassim menjelaskan cincin dengan berlian kelabu kebiru-biruan 30.11- karat itu, bernilai US$8 juta, dihantar dari New York ke Malaysia pada 15 April 2011, kemudiannya dihantar kembali kepada Jacob & Co pada 13 Mei 2011, dan tidak pernah dibeli Rosmah.
Dalam video itu juga, dokumen penghantaran dan dokumen Perlindungan Sempadan dan Kastam AS ditunjukkan sebagai bukti cincin itu dihantar semula ke Amerika daripada Malaysia.
Nassimi berkata nama Rosmah dilihat dalam dokumen tersebut kerana firma barangan kemas itu mengkehendaki alamat penghantaran ke Malaysia, berikutan besannya, Maria Nazarbayev bukanlah rakyat negara itu.
“Sebab kenapa nombor House Airway Bill menyertakan nama Puan Rosmah Mansor kerana menghantar barangan berharga ke Malaysia, Kuala Lumpur, ia perlu dihantar kepada rakyat Malaysia, bukan rakyat asing.”
Sebelum itu beliau berkata: “Disebabkan Maira Nazarbayev hanyalah tetamu di kediaman perdana menteri, barangan itu perlu dihantar sedemikian.”
Nassimi berkata, Maira adalah pelanggan VIP mereka sejak lebih 10 tahun, dan amat dihormati, namun ada VIP lain yang membeli cincin tersebut, yang enggan mendedahkan namanya.
“Cincin itu tidak dibeli Puan Rosmah atau Maira Nazarbayev,” katanya dalam video lebih tiga minit berkenaan.
Dalam bukunya biografinya yang dilancarkan baru-baru ini, Rosmah berkata cincin itu hanya dibawa untuk dilihat oleh Maira ketika persiapan untuk pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan anak lelaki Maira Daniyar Nazarbayev. Kedua-dua mereka bertunang pada 17 Jun 2011.
“Ianya tiba di Kuala Lumpur pada 16 April 2011. Selepas dilihat Maira, cincin itu dihantar keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ianya diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ianya dipulangkan ke Ibu Pejabat Jacob & Co di New York pada 13 Mei 2012,” kata Rosmah.
Baik, Chegubard dah bercakap, Rosmah dah bercakap, taukeh cincin berlian pun dah bercakap.
Terpulang nak percaya pada pihak mana…kalau rasa masih ragu-ragu, baca semula perenggan ketiga artikel ini, moga Allah berikan kita petunjuk dan hidayah dalam soal ini, Wallahualam.
Iklan Teks:

0 comments:
Post a Comment