GEMPAR!! WAN AZIZAH AKAN BERTANDING DI DUN PELABUHAN KLANG!!
BERITA yang baru diterima dari seorang sahabat dalam PKR bahawa Wan
Azizah Wan Ismail, Presiden PKR sah akan bertanding di kerusi DUN N46
Pelabuhan Klang. Perkara ini telah tersebar secara meluas di Parlimen
Klang dengan mengatakan Wan Azizah mempunyai potensi yang tinggi untuk
menang dan seterusnya bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor
pertama wanita.
Dun Pelabuhan Klang yang sebelum ini disandang oleh calon PKR, YB Badrul
Hisham dengan kemenangan majoriti 4,407 undi akan diambil semula oleh
PKR sebagai kerusi harapan menang Dun Selangor. YB Badrul Hisham yang
telah berpaling tadah dari pembangkang dan telah pun menyerahkan borang
keahlian UMNO pada Mei 2010.
Perkara ini sebenarnya telah dapat diduga sejak tahun 2011 lagi apabila
PKR kecewa dengan tindakan Badrul Hisham yang mengisytiharkan menjadi
wakil rakyat bebas dan mesra BN setelah dibuang dari kabinet negeri
kerana tidak hadir dalam sidang dun.
0 comments:
Post a Comment