Wanita Muda PAS Sedia Hadapi PRU13
KUALA LUMPUR – Lajnah Politik Wanita
Muda (Ameerah) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak membubarkan Parlimen hari ini bagi memberi laluan kepada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengerusinya, Fareedah Samad berkata,
pihaknya percaya PRU13 akan menyaksikan pertandingan paling sengit
antara dua koalisi politik terbesar dalam negara iaitu Barisan Nasional
(BN) dan pakatan pembangkang.
“Jentera Ameerah dan Muslimat Muda PAS
telah lama bersedia untuk berdepan dengan PRU13. Pengundi baharu tidak
sabar-sabar lagi untuk mengundi.
“Ameerah akan memastikan undi pengundi
muda akan terus berpihak kepada pakatan. Oleh itu kami menyeru kepada
semua anak muda untuk menjadi sukarelawan PRU13 bagi menyampaikan agenda
pakatan kepada pengundi,” katanya melalui satu kenyataan media hari
ini.
Fareedah seterusnya berkata, pihaknya
percaya kemenangan akan berpihak kepada pakatan pembangkang pada PRU13
memandangkan pebagai tawaran dan janji menarik yang diumumkan oleh parti
pembangkang untuk rakyat.
0 comments:
Post a Comment