Powered by Blogger.

Pakatan Tumbang Di Permatang Pauh ?!!


Ish kenapa muka sampai macam tu sekali ? nak makan orang ke apa ? Hehe tapi ampa semua jangan risau mamat ni tak makan orang dia mantakedarah benda lain , lagi hebat punya yang boleh terkam-terkam Auww...
Parlimen dah bubar jadinya semua pihak menantikan masa untuk berkempen dan mengundi.Fuh bukan satu kerja mudah tu lagipun Datuk Najib dah bagitau awal-awal pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit dan penuh dengan cabaran.
Apa pun kita kena bersedia baik dari segi mental dan juga fizikal , kalau tak kena cara boleh pitam kat tengah jalan.Moralnya bermula dari saat ini semua jentera BN mesti bekerja lebih kuat malah 40 jam satu hari haa kepada yang tak faham tu cuba congak-congak tengok kot mana mai 40 jam satu hari tu...
Macam biasa Permatang Pauh antara kubu kuat Anwar dan parti PKR.Malah sejak dari tertubuhnya PKR Permatang Pauh cukup sinonim dengan PKR apatah lagi Anwar dan keluarganya walaupun jarang-jarang balik kawasan.
Lepas tu dekat-dekat nak pilihanraya tup-tup Anwar kata nak bertanding tempat lain ubah angin kata orang utara.Hmmm apa cer ???
Anwar Ibrahim mengakui keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umun ke-13 akan datang menerima bantahan daripada penyokongnya.
Bagaimanapun beliau membayangkan bertegas untuk berpindah kerusi ke Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya tercapai.
Sehubungan itu beliau dijadualkan untuk mengadakan perbincangan bagi 'memujuk' pemimpin tempatan berhubung hasratnya itu.
"Saya sedar ada bantahan yang kuat, oleh itu saya perlu jelaskan kepada mereka mengenai matlamat kita bagi melonjakkan sokongan di Perak.
"InsyaAllah saya boleh memujuk mereka kerana saya bukan mahu meremehkan penyokong saya di Permatang Pauh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya. mstar
Aisey strategi rupanya..Hebat Anwar ni tapi dengar cita katanya ada sikit gerun sama calon yang bakal berdepan dengan beliau sekiranya masih di Permatang Pauh ?
Yang tu kita biaq juak-juak dia pikiaq pi tengoklah naa..Cuma satu ja sebagai Ketua Pembangkang kalau dah keluar dari kawasan ni kira CABOK lah kata orang tua-tua.
Apa pun keputusan Anwar semuanya ada kesan dan antara kesan yang menyebabkan Anwar mungkin berubah hati nak ke Perak tu mungkin kerana mamat dalam video kat bawah ni..Jom layan..

1 comments:

Followers