Diragut Kali Ke-2, Yasmin Hani Trauma Pandu Kereta Sendirian
Pelakon dan pengacara Yasmin Hani (Hani) kini dalam keadaan masih
trauma ekoran kejadian ragut yang dialaminya pada pagi Isnin lalu.
Bercakap kepada Harian Metro,
Hani berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas dan mujurlah dia
sempat menyelamatkan beg tangannya. Ketika itu dia berhenti di
persimpangan lampu isyarat Persiaran Surian di Sunway, kira-kira jam
9.45 pagi.
Dia yang ketika itu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama bersiri, Kisah Cinta Uda dan Dara terpaksa bergelut beberapa saat dengan peragut yang menaiki motosikal sebelum peragut melarikan diri.
“Ini pengalaman kedua saya diragut. Dulu, saya diragut ketika melintas
jalan, tetapi kali ini saya sempat menarik beg tangan saya yang
diletakkan di kerusi sebelah pemandu,” katanya.
Tambahnya lagi, peragut terbabit bertindak menumbuk dan memecahkan
cermin keretanya yang ketika itu berhenti menunggu lampu isyarat.
Dia bersyukur apabila lapisan 'tinted' cermin keretanya menyelamatkan cermin daripada teris pecah dalam tempoh yang singkat.
Katanya, tindakan dia peragut itu cukup menakutkan. Kejadian pantas itu
tidak sempat disedari oleh pemandu lain yang berada berdekatan.
0 comments:
Post a Comment