Gaun Neelofa Bernilai Lebih RM20,000!
Sempena Anugerah Bintang Popular 2012
yang dianjurkan oleh sebuah syarikat akhbar tempatan, yang akan diadakan
pada Ahad ini, pengacara dan pelakon popular, Neelofa dikhabarkan bakal
menyarung persalinan mewah yang berharga melebihi RM20,000!
Wow, mewah sungguh gaun yang bakal disarung oleh pengacara Meletop ini kan.
Gaun itu direka oleh pereka fesyen
terkenal iaitu Syaiful Baharim dan ianya mengikut tema majlis anugerah
itu sendiri iaitu Ledakan Geometri.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor
Neelofa Mohd Noor, 24, juga mengakui dia sudah tidak sabar dan teruja
untuk menyarungkan gaun berwarna neon keemasan itu nanti.
“Apa yang istimewanya tentang gaun ini kerana ianya ringkas tetapi menepati tema acara serta kehendak saya.
“Saya dan pihak Syaiful Baharim telah
pergi mencari sendiri 6 meter fabrik pada sebulan lalu untuk
menyerlahkan penampilan saya dan baru sekarang saya dapat melihat
hasilnya,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.
Bagi ABP edisi kali ke 26 ini, Neelofa
tercalon dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Pelakon TV
Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara Wanita
Popular.
0 comments:
Post a Comment