NORA DANISH TERUS KENA HAMBAT!!!
TERNYATA
ketenangan yang diperolehi ketika berada di Mekah baru-baru ini tidak
berpanjangan apabila kepulangannya disambut dengan kontroversi.
Sebaik
sahaja kaki mencecah ke bumi tercinta, namanya terpalit sebagai ‘orang
ketiga’ yang hampir menyebabkan keruntuhan rumah tangga rakan selokasi,
Adi Putra yang membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya hanya
selepas dua hari pulang mengerjakan umrah.
Biarpun
dia sudah menafikan perkara tersebut dan perkahwinan Adi Putra juga
sudah kembali pulih, Nora Danish mengakui dirinya masih terkejut dengan
kontroversi tersebut.
Pun
begitu, sebagai insan yang lebih mengetahui kebenaran yang berlaku
dalam kehidupannya, dia pasrah dengan setiap dugaan yang melanda.
Justeru
wanita muda ini tidak mahu terlalu ambil pusing dengan gosip itu. Malah
dia mengakui pemergiannya mengerjakan umrah telah memberikan satu
ketenangan hakiki yang tidak mampu dijual beli.
Merupakan
kali kedua melaksanakan ibadah umrah, menurut Nora atau nama sebenarnya
Nora Danish Mohd. Hanif, dia memang sudah menyimpan niat untuk ke tanah
suci Mekah setiap tahun.
Berkongsi
pengalaman di sana menurut wanita berusia 30 tahun itu, pemergiannya
kali ini agak berbeza daripada pengalaman kali pertama yang dilalui
setahun yang lalu.
“Jika
tahun lalu saya lebih banyak berdoa untuk kehidupan, kebahagiaan dan
jodoh namun kali ini saya lebih banyak berserah kepada-Nya," katanya
yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bukan
tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh namun kata Nora, adalah lebih
baik untuknya berserah kepada Yang Maha Esa kerana Dia lebih mengetahui
yang terbaik buat hamba-Nya.
Sebagai
duta syarikat Triways Hujjaj International Services Sdn. Bhd. (This),
Nora turut memberitahu, sepanjang 13 hari di sana pada April lalu, dia
sangat senang dengan para jemaah lain yang tidak lokek berkongsi ilmu
denganya.
“Bukan
tidak mahu memikirkan soal jodoh cuma bezanya kali ini saya lebih
berserah. Dan sepanjang berada di sana juga saya banyak menghabiskan
masa dengan jemaah yang dianggap saya seperti ibu sendiri. Selain
beribadah saya juga berkongsi ilmu dengan mereka," katanya gembira.
Dihambat kontroversi
Mahu
tidak mahu, dia percaya dunia yang dipilihnya tidak akan sesekali
memberi ruang selesa untuknya terlepas daripada sebarang kontroversi.
Optimis
dengan keadaan itu, Nora berkata, sudah lumrah dunia artis untuk
dihambat gosip dan kontroversi. Namun tegasnya, selagi termampu dia akan
terus bertahan dan menjelaskan keadaan sebenar kepada khalayak.
“Setiap kali ditanya (mengenai sesuatu kontroversi) saya akan terus menjawab perkara sebenar.
“Namun
saya percaya perkara ini tidak akan pernah habis dan untuk itu saya
sangat bersyukur dengan sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan
keluarga serta rakan-rakan yang benar- benar mengenali saya," katanya
0 comments:
Post a Comment