NORA DANISH AKUI, DIA BUKAN PENAGIH!!!
KUALA LUMPUR: Pelakon
Nora Danish menganggap dakwaan terbaru yang mengatakan dia kini sedang
menjalin hubungan cinta dengan aktor Shaheizy Sam adalah satu topik yang
benar-benar kelakar.
Nora, 30,
berkata, gosip berkenaan yang disiarkan menerusi sebuah ruangan pojok
akhbar mingguan pada Ahad lalu adalah tidak benar sama sekali kerana
hubungannya dengan aktor kacak itu adalah atas dasar profesional
semata-mata.
"Saya tidak marah apabila gosip itu keluar kerana saya tahu ia hanyalah andaian penulis tersebut sahaja.
"Hubungan saya dengan Sam juga profesional dan kami hanya sekadar kawan biasa," ujarnya ketika ditemui mStar Online pada majlis pelancaran filem Mencari Cinta di sini pada Isnin lalu.
Laporan
akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora mula berputik
ketika mereka bergandingan dalam filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.
Dalam pada
itu, Nora berkata, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang gemar
menjalinkan hubungan cinta lokasi setiap kali terlibat dalam sebuah
penggambaran.
Nora
memberitahu perkara itu bukan kali pertama dia dikaitkan dengan pelakon
lelaki gandingannya dalam filem kerana sebelum ini dia juga dituduh
menjalinkan hubungan dengan Ady Putra yang menjadi hero dalam filem Aku Cuma Nikahinya.
"Jika
asyik dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berlakon dengan saya nanti
dituduh pula sebagai artis yang gemar bermain cinta di lokasi walaupun
ia tidak berlaku.
"Mungkin
ia belum menjejaskan reputasi tetapi pada masa akan datang ia akan
memberi kesan walaupun semua cerita itu tidak benar," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora memberitahu dia teruja dapat berlakon dalam filemMencari Cinta yang menggandingkanya dengan pelakon Rusdi Ramli yang disifatkan sangat berpengalaman.
Nora
berkata, filem berkenaan sangat mencabar kredibilitinya sebagai pelakon
kerana bukan mudah untuk membawa watak romantik dalam sesebuah filem.
"Mungkin
orang ingat berlakon cerita cinta ia senang tetapi sebenarnya bukan
semudah yang disangka. Bagaimanapun saya bertuah kerana dikelilingi oleh
ramai pelakon dan krew berpengalaman bagi menjayakan watak tersebut,"
katanya.
Tambah
Nora, dia berharap lakonannya bersama Rusdi dalam filem tersebut tidak
disensasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab selepas ini.
0 comments:
Post a Comment