Powered by Blogger.

NORA DANISH LUANGKAN RAMADHAN DENGAN KEKASIH!!!


Mungkin bagi sesetengah selebriti, bulan Ramadan bukan penghalang untuk mereka sibuk di set penggambaran atau menerima undangan nyanyian.


Tetapi tidak bagi pelakon cantik, Nora Danish yang menganggap bulan Ramadan merupakan peluang untuknya menghabiskan masa bersama keluarga.



Menurut pemilik nama sebenar Nora Danish Mohd Hanif ini, sepanjang bulan ini, masanya lebih banyak diluangkan bersama anak kesayangannya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia tiga tahun.



Menyedari Ramadan hanya disambut setahun sekali, selebriti berusia 30 tahun ini tidak mahu kesibukan bekerja membuatkannya alpa untuk menambah pahala di bulan puasa.



“Alhamdulillah, setakat hari ini (Khamis lalu), Nora masih belum ponteng Tarawih dan sememangnya ini merupakan hasrat Nora untuk cuba pergi Tarawih di masjid sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya yang sering ke Masjid Taman TAR bersama kakaknya.



Latih anak sola t



DITEMUI di majlis berbuka puasa Metrowealth (MIG) di Wisma MIG, Petaling Jaya, pada Khamis lalu, Nora berkata, dia turut membawa Rayqal bersama ke masjid bagi menunaikan ibadah sunat tersebut.



Meskipun Rayqal masih kecil untuk belajar bersembahyang, namun anak kelahiran Kuala Terengganu ini menganggap biarlah anaknya di didik dari kecil mengenai ilmu agama.



“Pada hari pertama puasa, Nora bawa sekali Rayqal namun biasalah budak kecil dia tidak tahu apa-apa dan banyak bermain di masjid. “Namun, pada hari-hari seterusnya Rayqal seperti sudah faham dan ada ketikanya dia mengikut kami bersembahyang,” katanya yang gembira melihat perkembangan anak tunggalnya itu.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Tentang Dhia ini memberitahu berazam untuk khatam al-Quran sepanjang bulan Ramadan.



“Buat masa ini, Nora cuba untuk khatam al-Quran selain pergi Tarawih ke masjid. Nora mengaji sendiri tetapi menggunakan bantuan pen digital al- Quran bagi mengetahui sebutan tajwid yang betul,” ujarnya.

Sedang mengenali seseorang


BERTEMU dengan wanita ini, pastinya soalan peribadi mengenai kehidupannya tidak terkecuali.



Sudah lali dengan hal tersebut, Nora bagaimanapun ingin menjelaskan dia kini sedang berkawan dengan seseorang namun belum terfikir untuk melangkah ke peringkat seterusnya.



“Baru-baru ini, ada berita yang keluar mengatakan Nora sedang mengenali ramai lelaki. Sebenarnya maksud Nora ialah Nora mempunyai ramai kawan lelaki tetapi kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki.



“Namun, hubungan kami belum melangkah ke peringkat seterusnya dan kami senang bersama sebagai kawan rapat dahulu,” katanya yang sudah mengenali jejaka tersebut lebih dua tahun.



Dalam pada itu, pelakon berwajah comel ini berkata, kesibukan kerja menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk berfikir mengenai hal perkahwinan.



“Mungkin ada yang beranggapan Nora trauma, tetapi sebenarnya itu bukan faktor Nora tidak mencari pengganti.



“Sebaliknya kesibukan kerja dan komitmen bersama anak menyebabkan Nora tidak terfi kir untuk ke arah itu lagi. Tambahan pula, secara jujurnya, pintu hati Nora masih belum terbuka untuk kembali berumah tangga,” katanya yang bakal muncul dengan telefilem raya, Di Bawah Langitmu bersama Sharnaz.

0 comments:

Post a Comment

Followers