Kes Polis Sudaah..? Seorang AMK PKR Kantoi Buntingkan Pembantu Rumah Warga Indonesia
Ketua Pembangkang Anwar
Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan
"wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu,
dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."
Namun bila berjumpa
dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan
mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan
Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang
Melayu.
Suatu ketika dahulu
semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu
bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad.
Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall
Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR
memerintah Malaysia.
Anwar dengan jelas
mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel,” he said,
“but I think our policy should be clear – protect the security [of
Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests
of the Palestinians.” (Dipetik WSJ)
("Sesetengah orang enggan
mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas -
melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi
kepentingan rakyat Palestin.")
Namun bila ditanya Anwar
kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah
dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh
dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya,
tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.
Semakin hampir dengan
PRU13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang
ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.
Ramai orang bertanya
siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya...? Apakah dia seorang pejuang Islam
atau sememangnya seorang yang munafik....?
Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya...?
Atau apakah dia
sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan
negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa
asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?
Pada hakikatnya, makhluk
bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna
untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya
dari dekat.
Disebabkan terlalu banyak
topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia
sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang
dilakukannya itu.
0 comments:
Post a Comment