Powered by Blogger.

Gadis cari kerja TERNODA setiba dikota...


Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Niat mencari pekerjaan di ibu kota membawa padah kepada seorang wanita selepas menjadi mangsa nafsu seorang kenalan baru yang menyamar sebagai anggota polis.

Mangsa berusia 24 tahun berasal dari Negeri Sembilan datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan sebelum berkenalan dengan seorang wanita yang mengajaknya minum di perhentian bas.

Sumber polis berkata, wanita berkenaan turut menawarkan peluang pekerjaan kepada mangsa membuatkan dia menemani wanita itu untuk minum.

Menurutnya, wanita itu kemudian mengajak mangsa tinggal bersamanya sebelum mereka berdua bertemu dengan seorang lelaki di dakwa kenalan wanita itu di hadapan hotel berkenaan.

"Sebelum masuk ke dalam bili, lelaki itu mengajak mangsa membeli barang di kedai serbaneka 24 jam dan kemudian memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dan meminta mangsa menyerahkan semua wang simpanannnya.

"Mangsa bagaimanapun hanya mempunyai RM50 dalam simpanan kemudia menyerahkan wang itu kepada lelaki terbabit sebelum dipaksa mengikut ke sebuah bilik hotel lain pula," katanya.

Belia berkata, mangsa yang ketakutan kemudian dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki terbabit.

Katanya, selepas dirogol, lelaki itu menghantarnya semula kepada rakan wanitanya yang memperkenalkan mangsa.

Sumber berkata, mangsa ketakutan kemudian menghubungi abang dan kakak ipar untuk menjemputnya sebelum mebuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.

0 comments:

Post a Comment

Followers