Mendidih!! Kisah Kehidupan Peribadi 'Papa Gomo' Didedah, Jom Terjah!!
KUALA
LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa Wan
Muhammad Azri Wan Deris yang dikenali sebagai penulis blog Papagomo,
adalah bekas anggotanya yang pernah disabit kesalahan jenayah.Dalam satu
kenyataan hari ini, Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene
berkata, ekoran keputusan mahkamah itu, Papagomo yang berpangkat
konstabel itu telah dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September
2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.“Pada 6 September
2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman.
Seterusnya
prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini
dibuang kerja berkuatkuasa 6 September tahun lalu.“Sehubungan itu,
anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi
pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.
Beliau
berkata demikian dipercayai mengulas beberapa pendedahan sebelum yang
mendakwa Papagomo mempunyai dua rekod daftar pemilih iaitu sebagai
pengundi awam dan satu lagi pengundi pos.Kedua-dua rekod daftar itu
diperolehi dari sisterm semakan online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagaimanapun,
selepas pendedahan itu dibuat, rekod Wan Muhammad Azri sebagai pengundi
pos dilaporkan telah dipadam.Sebelum ini juga, carian dalam rekod
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Wan Muhammad
Azri tersenarai sebagai pesalah rasuah.
Beliau
pernah sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada
29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan
memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.
Nama
Papagomo kembali mendapat tempat dalam pentas politik negara apabila
disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan
menyebarkan gambar dan kenyataan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu
di internet. ~harakahdaily
0 comments:
Post a Comment