Powered by Blogger.
Showing posts with label Malay. Show all posts
Showing posts with label Malay. Show all posts

Women In Lanzhou attacked In Public

A woman was nothing to wear in the public on Sunday morning in Lanzhou, Gansu province, just outside her residential compound, with her four-year-old daughter present, according to the China Website.
The attack happened suddenly when the young mother and her little daughter were ready to enter the residential complex. Five women, among whom four were 30-something and one was about 50 years old, went directly to the young mother, fling striked her .
“How dare you love my husband again!” they were heard shouting at the poor mother, implying she was a her husband girlfriend.
With more passers-by stopping to look on, five women started to remove her clothes the alleged Xiaosan. Minutes later the victim was unclothed in front of a large crowd of onlookers.

PRU 13 : NIK AZIZ DAKWA SEMBAHYANG ORANG UMNO TAK DAPAT PAHALA

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT... Mursyidul Am Pas itu berucap di Kampung Jambu, Kota Bharu malam tadi.
KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.
Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.
Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.
"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.
"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.
"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.
Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.
Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.
Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.
"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya. - UTUSAN ONLINE
Ps: astagfirullahulazim!!!! Siapa Nik Aziz nak menentukan ibadah seseorang itu dapat pahala atau tidak hanya dengan menilainya melalui penyertaan parti politik???!!!!!! Ini satu penghinaan ke atas umat Islam yang bukan ahli PAS!
Atok! Apa hukum dosa orang yang menghina individu lain selagi dia tidak diampunkan oleh individu terbabit???? Takkan ilmu tu tak sempat belajar kot??????????

Parlimen Bubar, Masa Untuk Jentera Parti Bekerja


Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak usai mengumumkan Pembubaran Dewan Rakyat melalui saluran TV1, 11.30 pagi tadi.

Maka jentera parti, sama ada pembangkang mahupun kerajaan. Ayuh, bangkit dan mulakan persiapan menghadapi pilihanraya umum ini. Kita buktikan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing di kertas undi nanti.

Sekarang kita tunggu pula pengumuman tarikh pilihanraya yang dijangka bakal diadakan dalam masa 60 hari dari sekarang.

Bendera PKR Di Bangunan UMNO


Rakaman gambar yang memberitahu bangunan UMNO Temerloh, Pahang kini sedang mengibarkan bendera Parti KeADILan Rakyat.

Apa sudah jadinya ni.. Sampai bangunan UMNO pun dah masuk PKR dan menyokong Pakatan Rakyat!!!!

UMNO bermegah bila beberapa kerat anggota PKR masuk UMNO tapi yang ini satu bangunan masuk PKR????

LAKONAN LINDSAY TAHAP EKSTREM


Lindsay Lohan. Pelakon remaja yang sering kaitkan dengan salah laku moral ini kembali ke layar perak dengan projek terbaru. Kini beliau bakal memainkan watak moden Elizabeth Taylor di dalam filem Dick and Liz. 


Ketika melakonkan salah satu babak di dalam filem tersebut, iaitu babak bergaduh bersama Grant Bowler yang melakonkan watak Richard Burton di dalam filem tersebut, payudara Lindsay Lohan kelihatan seperti mahu terkeluar dari bajunya.

Seperti mana yang dilaporkan Daily Mail, Lindsay sedang melakonkan satu babak penting di dalam filem tersebut. Babak tersebut memerlukan Bowler untuk menarik tangan Lindsay.


Akibat dari tarikan tangan yang agak kuat, akibatnya payudara Lindsay Lohan tidak dapat menahan dan putingnya juga hampir terlihat.

HOT - Gambar-gambar Juruwat Di Klang Ber Pesta Seks Tersebar Di #Facebook . Hanya Di Jajahan @KhalidIbrahim



Dunia akhir zaman. Itu yang mampu bila pesta seks berleluasa bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati 'berpesta seks' bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

TC HARAP PIHAK PENGURUSAN KOLEJ BERKENAAN DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA TERHADAP PELAKU KEJADIAN TAK BERMORAL INI.

BEKAS KEKASIH ABBY KATA TINDAKAN ABBY AGAK MELAMPAU.



Selepas beberapa isu yang ditimbulkan oleh Abby Abadi sebelum ini mengenai penglibatannya dalam politik, banyak respon-respon samada negatif ataupun positif yang telah diberikan dari pelbagai pihak.

Namun begitu, pertemuan dengan Zul Ariffin yang juga bekas kekasih Abby Abadi telah memberikan sedikit gambaran mengenai sikap Abby yang mungkin kita belum kenali.

Menurut Zul, dia memang mengenali Abby sebagai seorang yang lantang bersuara. Ditanya apakah pendapatnya tentang isu yang sedang berlaku sekarang, Zul hanya mengambil langkah neutral dan tidak mahu melibatkan diri dalam isu ini.

Tindakan itu agak melampau. Tapi saya memang mengenali Abby sebagai seorang yang lantang bersuara. Jika pilihan itu yang dia mahukan, baguslah.

“Saya sememangnya tidak mahu terlibat dengan apa-apa perkara dan isu yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan saya.”

Zul turut tidak menolak bahawa namanya semakin dikenali selepas dia bersama dan berpisah dengan Abby.
 

“Saya boleh terima jika orang mengatakan bahawa saya semakin dikenali selepas bersama Abby. Namun disebalik itu, saya pun ada juga bekerja keras untuk diri sendiri,” ujar Zul lagi.

Dalam pada itu, Zul sekarang sedang menunggu untuk ditawarkan sebuah filem ‘martial art’, namun masih belum dapat dipastikan tajuknya. -OhBulan


Wan Azizah : Saya Bekempen Bukan Untuk Anwar Jadi PM

SHAH ALAM – “Saya berkempen bukan sebab (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) nak jadi Perdana Menteri, tapi pergi berkempen sebab saya sayangkan negara.” Demikian kata Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Munajat Selamatkan Malaysia dan Forum Lahad Datu Rakyat Berhak Tahu di sini malam tadi. Menurutnya, kebajikan rakyat perlu dijaga dan itu juga kehendak yang dituntut mereka daripada tampuk pemerintahan Barisan Nasional (BN). “Rakyat mahukan negara berkebajikan, tetapi apa kerajaan sekarang buat? Soal keselamatan dan sebagainya dipolitikkan. “… rakyat akan ada persepsi yang salah terhadap kita, apabila mereka menonton TV3 dan membaca akhbar Utusan, jadi kita buat kempen dan rakyat perlu tahu kebenarannya,” katanya lagi. Suaminya, Anwar, yang juga Ketua Pembangkang sering dilanda fitnah berkaitan video seks. Terbaru, difahamkan anaknya Nurul Izzah Anwar juga mengalami nasib yang sama. Jelas ini sama sekali akan menjejaskan reputasi seseorang pemimpin menjelang pilihan raya umum ini. Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah juga menyeru supaya pemimpin dan penyokong ‘kerajaan masa hadapan’, merujuk kepada Pakatan Rakyat, bekerja keras untuk mengambil alih kuasa demi kebajikan rakyat. “…inilah kempen…kita mesti bekerja kuat untuk capai matlamat itu,” tambahnya

RAKYAT VS PAKATAN SELANGOR.


SHAH ALAM: Seramai 1,010 suri rumah hari ini memfail saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

 Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.

 Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

 Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008. "Berdasarkan manifesto defendan pertama itu, setiap suri rumah di Selangor layak menerima elaun daripada defendan pertama dan plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto itu sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup melalui elaun yang dijanjikan," kata mereka.

Isu Tunjuk Isyarat Lucah Kepada DYMM Permaisuri Agong.... Cina DAP Dah Mula BIADAP Nak Halau Melayu...? Video 1;15 Minit Ini Jadi Buktinya

Kecoh semalaman kisah seorang berbangsa cina yang terlampau biaDAP sehingga menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agong yang tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang...

Rakan rakan bloggers mendedahkan identiti sipelaku tersebut dalam insiden yang berlaku pada jam 12;50 tengahari. Terbukti perbuatan tersebut memang sengaja dilakukan....,
ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.

Amaran telah diberikan kepada lelaki berbangsa Cina tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK. Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata, di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina.

Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG PEI KOE, lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali. Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.
Petikan diatas dari Blog AAKJ


Lihat semula apa yang dinyatakan diatas tadi...

"Polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina..". Ini merupakan satu kenyataan berbaur rasis tahap babi hutan seolah-olah mengharamkan mana mana orang melayu menjejakkan kaki dibumi negeri mutiara itu...!

Malah lebih parah lagi, kebiaDAPan itu ditujukan terus kepada seorang Permaisuri Agong, lambang kedaulatan kita semua orang orang melayu yang berpaksikan Rukun Negara.

Mereka baru dapat sebuah negeri pemerintahan DAP sudah mula naik tocang.., bayangkanlah sekiranya Putrajaya milik mereka nanti, apa akan jadi pada nasib orang melayu..?

Ingat semula suatu insiden yang berlaku sewaktu Perhimpunan Haram Bersih 3.0 tahun lepas... Bagaimana aksi seorang wanita cina sesuka hati mahu menghalau orang islam keluar dari negara ini, Malaysia.

Kata wanita cina itu, negara ini miliknya. FUYO..., rakusnya wanita tersebut seolah olah asal usul keturunan nenek moyangnya memang sejak dulu permastautin Tanah Melayu...?

JOM kita saksikan semula video klip 1;15:00 minit ini

Sex Maniac Deepak Jaikishan...! Rupa rupanya Deepak Pernah Nak Try Nak DOT DOT DOT Raja Ropiah...?

Akhirnya Senator Datuk Raja Ropiah bersuara setelah sekian lama beliau berdiam diri....
Lama sungguh Deepak Jaikishan saudagar karpet menyerang dengan segala macam fitnah samada khas ditujukan pada beliau ataupun Datin Seri Rosmah Mansor maupun pemimpin BN.

Kisahnya bermula dari Raja Ropiah yang juga Ketua Wanita UMNO Selangor dikatakan terlibat dalam urusniaga bersama Deepak membeli tiga bidang tanah pada tahun 2007 dengan nilai RM13 juta dengan jaminan bank RM72 juta untuk bon tanah dari Ketua Wanita itu.

Projek tersebut adalah penswastaan RM100 juta untuk pembangunan sebuah pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Entah di mana silapnya tiba-tiba Deepak mula menyerang Raja Ropiah dan juga mengaitkan nama isteri Perdana Menteri bersama dalam isu ini. Malah ada sumber mengatakan bukan Deepak yang kaitkan tapi ada "suara bisikan ghaib" yang menokok tambah agar nama Rosmah diselitkan sekali dalam cerita perbalahan antara Deepak dan Raja Ropiah.
Cerita rekaan yang mengaitkan nama Datin Seri Rosmah Mansor ini timbul kerana tukang provokasi nampak ianya amat mudah untuk kenakan Rosmah kerana isteri Perdana Menteri ini mempunyai hubungan baik dengan semua peringkat kepimpinan Wanita UMNO Malaysia dan negeri.

Kini, Raja Ropiah mula membuka mulut bercerita bahawa beliau mempunyai rahsia besar mengenai Deepak....!
Rahsia yang berkait dengan apa sebenarnya yang berlaku antara beliau dan Deepak. Rahsia perjanjian perniagaan dan usahasama mereka selama ini.

Raja Ropiah bakal dedahkan perkara sebenar yang Deepak sengaja sembunyikan agar menampakkan seolah olah si saudagar karpet ini kunuunnya teraniaya.

Iya, pendedahan akan dibuat dalam masa terdekat....!!

TELENOVELA Yang Akan Meletopz...!

Telenovela ‘Kalimah Allah’:  Lakonan Majlis Syura–Karpal Singh Memualkan

Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’. Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.  

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja. 

Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja. 

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya. 

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.  

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”. 

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat. Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP....! 

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR.
Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam. 

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel. 

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu.  Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.  Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran. 

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.....
Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’. 

PANAAS Bro..! Ini Dia Pengakuan Seorang Wanita Mongolia Mengenai Najib

A DARING ACT BY A BRAVE LEADER…!

That is how anyone can describe Najib Tun Razak when he signed the Transparency International Election  Integrity Pledge on Wednesday.

Will the act put a check mate or just a check as in a chess game against the opposition pact and anti-establishment NGO particularly S. Ambiga and her Bersih group...?

Whether or not is another matter but Najib’s act, as chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition and Prime Minister, is an act of not just brave and daring but in truth a sincere and honest act to see the coming general election is free of corruption and vote buying and whatever allegations thrown at him and BN.

Besides that, Najib even will get all BN representatives in the coming general election to sign the pledge – meaning he wants all his people to be as clean as he is and as credible as him.

Transparency International is an international anti-corruption NGO that promotes transparency and accountability for elections around the world which is trusted.

And Najib, by getting BN representatives to sign the pledge, is the first Prime Minister and country in the world to take such move that shows a crystal clear election.

Having done that, Najib kills all the doubts and allegations that he and BN practice ‘political corruptions’ which resulted in the opposition won four states, a surprise result…..heee heeeee heeeeee.

The pledge commit BN, among other things, not to be involved in votes rigging, vote buying, moving voters to sensitive or ‘red areas’ and passing dead persons as voters.

Now that Najib is open and brave enough to sign the pledge, let us see whether the leaders of opposition pact would do the same, after all they are the ones plus of course the NGOs supporting them who cry foul.
Najib and the BN have been sincere and honest all along as reflected in their actions and statements but winning the hearts and minds of the people – we are talking about human beings here, is not an easy task.

Normal humans believe in nice beautiful stories and leaders of the opposition pact particularly Anwar Ibrahim and Nik Aziz Nik Mat are very, very good in doing this, telling make believe stories that catch the highest sound frequency of humans.

They have been at this game for so long that it now become a tedious job for Najib  and other BN leaders to undo and put back on track the minds and hearts of those who had been deviated mentally.

Whether it is by a stroke of luck, those mesmerized and ‘hypnotised’ have suddenly awaken when the opposition pact themselves failed to deliver their promises and the make-believed stories disintegrate as the truth emerges one-by-one.

Thinking Malaysians are now abandoning the opposition pact which they supported in 2008 general election and they now see the sincerity in Najib’s moves and future vision.

The trend has got the opposition pact worried and leaders of the pact, who are at logger-heads with each other on practically every issues are now in a hot spot, like worms in a hot hole, grasping at anything to get out.

Malang Sungguh Nasib Wanita Ini Suaminya Seorang Penyamun Paling MERBAHAYA...! Owh.., Kamal Hisham

Kamal Hisham bukan sahaja seorang Penyamun Tegar..., anak kelahiran Majidee Johor ini seorang yang Penakut Tahap Gaban kerana masih belum berani untuk pulang dan membuktikan semua tuduhan tuduhan palsunya terhadap Tuanku Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim Ismail.

Penyamun Tegar yang memboncit dengan kekayaan jutaan wang ringgit hasil daripada kerja menyamun setelah bermodalkan tipu helah menjual nama Sultan Johor, masih berada diluar negara berbelanja sakan di Dubai dan beberapa negara Eropah.

Untuk membaca semula segala jenis penipuan oleh penyamun yang bernama Kamal Hisham, anda boleh klik SINI.

Sekarang ini difahamkan Kamal semakin resah kerana segala fitnah dan tuduhan palsu terhadap Tuanku Sultan Ibrahim tidak berjaya merosakkan minda rakyat. Apatah lagi rakyat di negeri Johor sangat mencintai seorang Sultan yang berjiwa rakyat, mudah didekati...

Penyamun Tegar ini beberapa kali sudah cuba mahu menyelinap pulang ke tanahair secara "pintu tikus" tetapi tidak berjaya. Apakah Kamal fikir bahawa sistem keselamatan negara ini tidak akan dapat mengesan kepulangannya..? Tambahan pula seekor Penyamun seperti Kamal ini sudah berada dalam senarai Most Wanted Person..!
Iya, sudah 5 Waran Tangkap oleh pihak berkuasa kerana pelbagai kesalahan terutamanya kes pecah amanah tahap melampau, selesai semua dikebasnya..., habis semua orang ditipunya dengan menjaja nama Istana Sultan Johor.

Yang paling perit menanggung segala-galanya sudah pasti isteri Kamal Hisham sendiri. Mempunyai seorang suami yang hidup mewah TETAPI datang dari wang haram jadah..., hasil dari menipu, merompak, menyamun...!

SMS Raya Terbaik..!!!


Dizaman siber ini sudah menjadi lazimnya untuk menghantar ucapan Selamat Hari Raya melalui sms sebagai pengganti diri dan kad hari raya.

Semenjak malam raya lagi Blogmaster sudah mula menerima sms raya sehingga Inbox hand phone menjadi sesak dan jammed!

Ramai teman teman, sahabat handai, saudara mara termasuk juga pimpinan parti politik tidak kira dari Pas, Pkr dan juga UMNO mengutus ucapan eidul fitr dalam berbagai versi kepada Blogmaster. Ramai diantara mereka hanya edit nama penghantar dan forward sms yang agak serupa yang berupa pantun, gurindam dan kata kata nasihat.

Tetapi Blogmaster senyum sendirian apabila menerima satu sms “lain dari yang lain” dan ianya datang dari seorang pimpinan PKR yang Blogmaster yakin beliau sudah MUAK dengan sandiwara Anwari Ibrahim…

Anwar KHIANATI Jasa Jasa Pak Lah

Mutakhir ini dada dada akhbar dan skrin mana mana website rancak menceritakan kisah gelanggang politik negara.

Kehangatan topik bermula sebaik sahaja Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi mengumumkan secara rasmi bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan bulan Mac tahun depan. Sekaligus membawa erti beliau akan turun tahta dari kerusi Perdana Menteri atau erti kata lain mengosongkan jawatan Perdana Menteri Malaysia lebih awal dari Plan Peralihan Kuasa 2010.

Semalam Datuk Seri Najib mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden dan mengikut ramalan semua yang memerhati politik, hampir pasti Najib akan menang mudah. Apatah lagi pagi tadi Tan Sri Muhyidin Yasin mengumumkan akan bertanding jawatan nombor 2 UMNO, Timbalan Presiden untuk tambah merancakkan lagi perebutan bersama Tan Sri Muhammad Taib dan Datuk Seri Wira Ali Rustam.

Pemergian Pak Lah memang sudah diramalkan oleh pelbagai pihak.


Dalam penulisan kali ini Blogmaster tidak mahu mengulas kemeriahan pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam UMNO, masih terlalu awal.

Blogmaster juga enggan mahu mengupas kesimpulan pengunduran Pak Lah yang dikira tempoh Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah negara kita.

Pada posting atau penulisan disini, Blogmaster mahu menyingkap kembali sejarah sekadar memberikan ‘peringatan’ kepada seorang manusia rakyat Malaysia, berbangsa melayu, beragama islam yang telah “diselamatkan” oleh Pak Lah dan harus berterima kasih dan bukannya mengkhianati jasa jasa Pak Lah……..

Manusia yang dimaksudkan adalah Anwar Bin Ibrahim!


DIANTARA TETAMU TETAMU YANG HADIR



Yang Berbahagia Datuk Dr Ma'amor Osman daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM]
Mr Richard Ketua PKR Berkeley, DUN Kota Anggerik bersama Naib Ketua AMK PKR Negeri Selangor, Mr Cheah Sang Soon [sekarang Ahli Majlis MPSJ] masih mahu berhari raya dengan boss lama mereka...

Bekas Ahli MPT Parti Keadilan Nasional, Ng Lum Yong berkata " Friendship remained.." sewaktu bersalam salaman dengan beberapa teman teman yang menyambut kehadirannya malam itu.
Ng Yin Yin bekas ahli gimnastik negara kita juga berkunjung ke majlis Ezam....

Adinda kepada DYMM Sultan Selangor, Yang Mulia Tengku Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Aziz Shah Al Haj, turut sama berada di majlis open house Ezam...
Ahli Perniagaan, Hj Ramli Musa bersama Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Sabky Yusuf
Ayahanda kepada Bahirah, Dato' Ghazi Sheikh Ramli hadir bersama keluarga tersayang...
Ustaz Shamsul bekas Exco Pemuda Keadilan memaklumkan terpaksa pulang awal kerana ada beberapa undangan lain yang perlu beliau penuhi....
Kehadiran blogger yang banyak menulis mengenai politik negara, Mohd Sayuti Omar dengan ditemani oleh Pengarang majalah Mastika, Hj Abu Bakar Ninggal
Bekas AJK dan ahli PKR Bahagian Klang, Mr Arumugam menunjukkan baby terbarunya kepada Ezam..
Pengerusi Gerakan Anti Korupsi Malaysia [GERAK], Sdr Nazree Yunus memberikan isyarat beliau bakal menjadi seorang bapa....
Yb Sa'ari Sungip ADUN Hulu Kelang hadir bersama keluarga beliau malam itu...
Ketua UMNO Bahagian PJS, Kapt [B] Dato Zahar Hashim bergambar bersama keluarga Ezam
Dato Salamon Selamat cuba menerangkan sesuatu kepada Ezam sebaik sahaja beliau tiba diperkarangan pintu masuk...
Ketua AMK PKR Bahagian PJS, Sdr Mohamad Akhir juga tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama Ezam.....
Naib Ketua PKR Bahagian Kota Raja, Shaari Malik sedang menceritakan sesuatu yang menarik perhatian Sd Johari....

BAN Polis Bersih ~ Mana Gedebe Polis Bersih Apabila Protes Warga Asing Depan Balai

Pertama aku nak tanya, mana polis masa bersih bila warga asing merusuh. Mana kekuatan yang ditonjolkan semasa demostrasi rakyat meminta kerajaan adil. Tapi itulah yang berlaku dalam negara. Selepas bangla buat demostrasi, sekarang protes depan balai polis.

Maklumlah undang-undang negara kita ni kan kukuh seperti aluminium. Warga asing buat demostrasi, cukup baik dilayan. Cuba rakyat sendiri minta keadilan, minta debat. Layanan starbuck yang diberi. Tak pun ajak beramai-ramai ke kfc, rosma belanja.

Lambakan warga asing di malaysia, siapa bertanggungjawab, warga asing buat taik, siapa wajib bertanggungjawab. Awang hitam, bang lala, bang indo, bang viet, semua bang ada kat malaysia ni. Tu tak kira keturunan meleis lagi.

Hitam Berkilat Di Sukai Ramai.



KUALA LUMPUR: Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.

Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.

Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.

Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.

Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.

Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan rakan-rakannya beberapa minit kemudian dan membawa mereka ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Ketika itu, mangsa dilihat hanya mengalami kecederaan ringan dan sebaik polis ingin mengambil keterangan mangsa, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Balai Polis Jinjang, semalam.

Zakaria berkata, pihaknya kemudian menghubung ambulans yang tiba pada jam 7.20 malam sebelum mangsa disahkan mati.

“Mangsa merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 29 tahun dan punca kematian awal dipercayai akibat pendarahan dalaman di kepala.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. 

Beliau berkata, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis namun penunggang motosikal masih belum berbuat demikian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku menyebabkan tercetusnya pergaduhan itu,” katanya. HMETRO



Followers