BANG NON KELUAR 13 AMANAT PRU!!!
Anwar Ibrahim kita kenal sebagai seorang yang banyak sandiwara dan licik.
Menjelang PRU13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan Zul Noordin sebelum ini.
Menjelang PRU13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan Zul Noordin sebelum ini.
Antara 13
perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati adalah dengan cuba
membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan Saiful
Bukhari, dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri, dan perkara
ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful, dalam satu sidang media
mengatakan dia meminta maaf kepada Anwar, dan sekaligus menyertai PKR.
Anwar juga
dikatakan akan merancang kejadian di ditembak dalam kempen pilihan
raya, tapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai dirinya,
sebaliknya isteri dan anaknya ... sandiwara satu keluarga.
Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.
Anwar juga
dikatakan akan bersumpah tipu :"Demi Allah, saya tak buat apa yang Umno
tuduh", sekaligus pembangkang kemudiannya akan mengangkat Anwar kerana
berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.
Jam Omega
tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir kempen sebelum
hari mengundi. Kenapa saat akhir? Sebab pada masa itu, polis tidak akan
sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.
Anwar juga
dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang lompat parti
untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah
mereka dengan wang ringgit. Keluarga mereka ini dikatakan sedang ditekan
dan ditawarkan bayaran lumayan.
Azmin Ali
akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya.
Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya, Sedangkan video
tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.
Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut.
Pembangkang
dikatakan sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya
dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan
memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
Tidak
cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk Seri Najib,
pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah
Mansur sebagai terlibat dengan skandal.
Dipercayai
seorang bekas pegawai Rosmah sedang dipujuk, digoda, dan dijanjikan
habuan wang ringgit untuk membuat akuan Rosmah terlibat dengan
penyalahgunaan wang rakyat.
Setiap ahli
Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti.
Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli
Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli
Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi
calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS"
Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata Anwar patut jadi PM Malaysia. Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.
Terakhirnya,
lelaki yang berwajah seperti Anwar akan muncul dan mengakui dialah yang
berlakon dalam video seks skandal Chinadoll.
Licik bukan,
inilah perancangan Anwar untuk cuba meraih simpati rakyat Malaysia. Apa
sahaja jalan akan digunakannya tanpa mengira batas agama semata-mata
nafsu politik dan kemaruk nak jadi PM.
Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episod pelakon drama yang diberi jolokan pemimpin Anugerah Tuhan ini.
0 comments:
Post a Comment