Saman Malu: Gagal Tunjuk Bukti, Khalid Samad Dimalukan Hamidah Osman
Anggota
Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad memberitahu Mahkamah Tinggi Shah
Alam gambar dan artikel yang didakwa memalukannya diperoleh dari laman
sesawang lain, dan bukan dari blog Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk
Hamidah Osman.
Abdul Khalid
berkata bahan itu diperoleh dari www.archive.org, sebuah laman sesawang
yang menyimpan rekod blog yang dimansuh atau dihilangkan.
Beliau selaku
plaintif dan saksi pertama berkata demikian pada perbicaraan kes saman
terhadap Hamidah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat,
Perak di depan Hakim Datuk Hashim Hamzah.
Timbalan
Pesuruhjaya PAS III Selangor itu memfailkan saman terhadap Hamidah dua
tahun lepas berhubung penyiarangambar 'superimpose' beliau yang disiar
blog defendan pada Januari 2010.
Penyataan
tuntutan Abdul Khalid, yang difail pada 23 Dis 2011, mendakwa gambar itu
menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan
seorang yang murtad.
Terdahulu,
peguam Datuk Hafarizam Harun, yang mewakili defendan, mempersoal
keaslian dan sumber laman sesawang digunakan plaintif dalam samannya.
Hafarizam
berkata writ saman Abdul Khalid mendakwa artikel memalukan itu tertera
di laman sesawang hamidahosman.blogspot.com namun dokumen yang dikemuka
kepada mahkamah dalam kes berkenaan diperoleh dari www.archive.org.
Katanya, beliau menggunakan www.archive.org untuk mendapatkan artikel itu selepas laman blog defendan tidak aktif.
Abdul Khalid,
yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, berkata artikel itu die-mel
oleh seseorang yang menjadi rujukannya dalam soal Internet dan beliau
bukanlah pelanggan laman sesawang berkenaan.
Bagaimanapun,
beliau bersetuju dengan Hafarizam bahawa terdapat perbezaan antara
artikel yang diambil dari laman hamidahosman.blogspot.com dan yang
diperoleh dari www.archive.org.
Menyentuh
artikel yang disiar di laman blognya pada 4 Januari 2010, Abdul Khalid
berkata beliau menulis 'adalah diharuskan atau dibolehkan kalimah Allah
digunakan oleh bukan Islam kerana kalimah itu telah digunakan oleh
orang-orang Arab di Mekah sejak zaman jahiliah'.
0 comments:
Post a Comment