Lokasi Persembunyian Pengganas di Sabah Kini Bersih
Sembilan
kampung yang menjadi lokasi pertempuran dan persembunyian militan dari
selatan Filipina sepanjang Operasi Daulat telah digeledah dan disahkan
bersih daripada ancaman pengganas.
Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata proses pemindahan penduduk yang
mendiami pusat penempatan sementara ke kampung berkenaan giat
dijalankan, kecuali Kampung Tanduo yang ditutup.
"Penduduk dari
Kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Tanagian yang
ditempatkan di pusat penempatan sementara telah mula dipindahkan ke
kampung masing-masing.
"Malah kawasan
Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani juga telah selesai digeledah
dan dibersihkan, dengan itu, boleh dikatakan seluruh kawasan Operasi
Daulat telah bersih dan orang kampung juga telah dibenar untuk kembali
ke rumah masing-masing," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di
Felda Sahabat 16 pada Isnin.
Beliau berkata
tiga daripada empat dewan serba guna di Felda Sahabat yang dijadikan
pusat penempatan sementara iaitu Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala
Pura juga telah ditutup kecuali Embara Budi disebabkan ada rumah
penduduk yang mendiami pusat itu rosak sepenuhnya. Beliau berkata
walaupun pusat pemindahan sementara di kawasan Felda akan ditutup
sepenuhnya, Operasi Daulat tetap diteruskan kerana fokus utama operasi
ialah memastikan seluruh kawasan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan
benar-benar selamat.
Dalam
perkembangan berkaitan, Hamza berkata lapan lagi individu yang ditahan
di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 didakwa
di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu yang dijadikan mahkamah
sementara.
"Sehingga kini, 16 orang yang ditahan di bawah Sosma telah dituduh di mahkamah," katanya.
Mengulas
laporan media Filipina bahawa 100 orang memasuki perairan Sabah untuk
membantu saki-baki pengganas, Hamza berkata: "Mereka boleh mengatakan
apa sahaja tetapi saya telah nyatakan bahawa keselamatan di negeri Sabah
adalah terjamin".
0 comments:
Post a Comment