Powered by Blogger.

Natasha Hudson Rela Diraba

Industri perfileman negara semakin menuju ke satu era yang lebih berani. Aksi ranjang yang seakan-akan 'real' dilihat sebagai pelaris sesebuah filem.

Seolah-olah tidak sah jika tiada babak berkenaan. Dalam suasana persaingan antara pengeluar filem-filem tempatan, itulah caranya yang perlu dilakukan untuk menarik penonton.


Bukan niat hendak menyekat kreativiti pengarah atau penerbit yang mementingkan keuntungan, sekadar pandangan sebagi seorang Islam yang agak hampa melihat artis-artis wanita Melayu mudah di'raba'.

Jika itulah yang dimaksudkan sebagai kreativiti, penulis percaya budak sekolah sekarang lebih kreatif dari pengarah filem yang ada.
 
Filem aksi, ‘Langgar’ yang bakal memasuki pawagam pada 11 April ini dijangka mengundang bualan hangat. Selain memaparkan banyak aksi-aksi ganas, terdapat juga beberapa adegan panas antara Namron dan Natasha Hudson. Apa tidaknya, kelihatan Namron memegang Natasha di tempat yang tidak sepatutnya.

Mengulas tentang aksi-aksinya bersama Natasha, Namron yang ditemui di majlis pratonton ‘Langgar’ pada Selasa memberitahu segala yang dilihat dalam filem itu hanyalah sebuah lakonan yang berpandukan skrip. Tidak ada niat yang tidak betul.
“Semua tidak bersetuju kalau saya dikatakan cuba mengambil kesempatan ke atas Natasha Hudson. Apa yang dipertontonkan kepada umum hanya sekadar lakonan untuk memenuhi tuntuan skrip. Saya tidak melakukan perkara yang tidak dipersetujui oleh Natasha. Sebaliknya, sebelum penggambaran bermula, saya dan Natasha berbincang terlebih dahulu.  Kalau saya mahu ambil kesempatan, maknanya saya bukan seorang pelakon.

Sebagai gandingannya , saya tidak mahu mencederakan Natasha. Malah, dalam masa yang sama tidak mahu perasaaannya terganggu. Setiap kali selesai melakukan sesebuah adegan, saya akan mendapatkan maklum balas daripadanya. Saya mahu pastikan dia o.k,” ujar Namron berterus-terang.

Mengulas tentang kenyataannya sebelum ini yang mengatakan ada di antara lakonannya itu adalah aksi-aksi spontan, Namron memberitahu perkara sebegitu memang berlaku apabila seseorang pelakon beraksi. Ini kerana ia bergantung kepada situasi ketika adegan itu dilakonkan.

 “Sewaktu melakonkan watak  Radzi memang berlaku aksi-aksi  spontan daripada saya. Ia berlaku kerana dipengaruhi oleh situasi ketika adegan itu dilakonkan. Baik saya dan Natasha, masing-masing menghidupkan karektor masing-masing untuk memastikan watak yang diberikan kepada kami memenuhi kemahuan skrip. Natasha bagi kebebasan kepada saya. Dia tidak kisah asalkan tidak melampaui batas dan tidak tersasar daripada kehendak watak,” tambah Namron lagi.

Bercerita tentang cabaran yang terpaksa dihadapi ketika membintangi ‘Langgar’, Namron memberitahu walaupun ini kali pertama dia menggalas watak seorang gangster, tetapi dia tidak berasa tertekan kerana banyak berbincang dengan pengarah.

“Ini kali pertama saya pegang watak sebegini. Namun, saya tidak menghadapi masalah dalam menghayati watak itu. Sebelum penggambaran bermula, saya sudah berbincang dengan  pengarah. Saya jelaskan padanya, saya tidak biasa dengan watak sebegini dan dia memberi tunjuk-ajar.  Saya rasa cabaran utama ketika penggambaran filem ini ialah, ia dilakukan ketika bulan puasa.  Ada adegan yang memerlukan saya minum dan hisap rokok. Jadi, saya harus bijak melaksanakan adegan itu. Ingin saya jelaskan, saya bukan minum dan hisap rokok betul-betul pun, tapi nampak macam betul-betul,” ujar Namron.

0 comments:

Post a Comment

Followers