Powered by Blogger.

Emma Maembong Enggan Kontroversi Jadi Tumpuan Masyarakat

Pelakon Emma Maembong enggan kisah peribadi atau percintaannya menjadi tumpuan masyarakat seperti mana berlaku di awal pembabitannya dalam dunia lakonan.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, dia bukan serik kerana pernah terpalit dengan kontroversi sebaliknya tidak mahu kerjayanya dibayangi dengan kisah-kisah peribadi.
“Bukan takut dengan kontroversi tetapi bimbang orang akan mula muak apabila cerita peribadi saya lebih banyak dipaparkan daripada perihal kerjaya saya sebagai pelakon,” ujarnya kepada mStar Online.
Sebelum ini beberapa keping fotonya bercium dan berpelukan mesra dengan seorang lelaki telah tersebar luas di beberapa laman web namun Emma memberitahu gambar berkenaan adalah daripada zaman silamnya ketika berusia belasan tahun dan masih bersekolah.
Malah Emma turut dikaitkan dengan pelbagai cerita kurang enak seperti gemar bersosial dan berpakaian seksi.
Dalam pada itu, Emma turut mengakui selektif dengan tawaran lakonan yang diterimanya kerana enggan kerap muncul dalam banyak drama pada masa sama di televisyen.
Jelas Emma, dia bukan mula ‘demand’ tetapi merasakan kekerapannya muncul di televisyen akan membuatkan penonton bosan.
“Seperti mana saya tidak mahu orang bosan kerana kisah peribadi saya juga tidak mahu perkara sama berlaku apabila wajah saya sering muncul di televisyen.
“Sekarang ini saya akan selesaikan sesuatu projek terlebih dahulu sebelum mengambil yang lain,” jelasnya.
Sementara itu, Emma berkata, dia juga baru dipilih sebagai duta produk Silky Girl selama setahun dan menerima tawaran tersebut kerana memang menggunakan barangan jenama itu.
Emma bagaimanapun berkata, walaupun telah menjadi duta produk dia tetap akan menjadi dirinya sendiri yang tidak suka berhias dengan menggunakan solekan tebal.
“Sebelum ini saya memang menggunakan jenama tersebut kerana ia sesuai dengan cita rasa saya yang sukakan sesuatu yang ringkas dan tidak terlalu ‘over’,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Emma berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Kampung Girl.

0 comments:

Post a Comment

Followers