Bakal Mempelai Dicekup Khalwat
JOHOR BAHRU – Seorang pemuda memberi
pelbagai alasan kerana bimbang dirinya diambil tindakan selepas
ditangkap khalwat bersama teman wanita di sebuah hotel bajet, di sini,
awal pagi semalam.
Dalam serbuan pertama sekitar jam 12.45
pagi, lelaki terbabit bersama teman wanita masing-masing berusia 21
tahun itu mengakui sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan
pada tahun ini.
Bagaimanapun, mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik hotel terbabit.
Lelaki terbabit ditemui tidak
berbaju dan sekadar memakai seluar panjang, manakala pasangannya hanya
berbaju dalam serta menutup tubuh menggunakan tuala.
Bimbang dikenakan tindakan
lanjut, pemuda terbabit memohon maaf serta merayu kepada anggota dan
pegawai penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) supaya tidak
menahannya.
“Saya hanya teman dia (teman
wanita) mandi sahaja. Kami tidak buat apa-apa dan cuma mahu tidur.
Tolonglah jangan ambil tindakan ke atas saya.
“Saya minta maaf dan bersedia
membayar denda sekarang. Saya tidak mahu ditahan kerana ibu bapa saya
sekarang sedang sakit, tolonglah encik,” katanya.
Sementara itu, di lokasi sama, sepasang
kekasih tergamam apabila bilik hotel yang disewanya diketuk anggota dan
pegawai penguatkuasaan Jaij dalam serbuan kedua sekitar jam 1.05 pagi.
Oleh kerana bimbang untuk membuka pintu,
lelaki berusia 26 tahun bertindak meninjau kehadiran anggota ops
menerusi tingkap bilik air hotel terbabit.
Dia bersama teman wanitanya berusia 23
tahun yang ditemui berpakaian lengkap hanya membenarkan anggota dan
pegawai penguatkuasaan Jaij masuk ke dalam bilik selepas 10 minit
menunggu.
Kadi Daerah Johor Bahru, Ahmad Hanif
Naim berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang
diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali memeriksa hotel
berkenaan.
0 comments:
Post a Comment