Syabas termalu diarah bayar RM50,000 kepada Tony Pua
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menang dalam rayuannya dan
didapati bebas daripada tuduhan memfitnah terhadap Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn Bhd Bhd (Syabas).
Berikutan
keputusan rayuan itu, Mahkamah Rayuan juga mengarahkan Syabas membayar
kos RM50,000 dan memulangkan semula wang saman fitnah RM200,000 yang
dibayar sebelum ini oleh Pua.
Mahkamah
Rayuan dalam keputusannya hari ini sebulat suara membatalkan perintah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jun lalu mendapati Setiausaha
Publisiti DAP kebangsaan, bertanggungjawab terhadap satu fitnah dan
memerintahnya membayar RM200,000 kepada Syabas.
Peguam
Gobind Singh Deo, yang mewakili Pua, memaklumkan keputusan Mahkamah
Rayuan itu dianggotai tiga panel hakim yang diketuai Datuk Zaharah
Ibrahim dan dua lagi hakim iaitu Datuk Ananthan Kasinather dan Datuk
Mohamad Ariff Md Yusof.
Gobind
dalam hujahnya berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf
apabila mendapati Pua gagal menjustifikasikan kenyataan yang dibuat
terhadap Syabas.
Gobind
juga berhujah mengatakan bahawa Syabas, sebagai sebuah entiti yang
menyediakan perkhidmatan awam – tidak boleh menyaman sesiapa kerana
fitnah.
0 comments:
Post a Comment