Pengganas Sulu Dapat Bantuan Pihak ketiga: Muslimin Sema Pengerusi MNLF
Hasil risikan MNLF (MNLF kini bukan lagi dipengerusikan oleh Nur
Misuari) bahawa pengganas sulu yang meneroboh Lahad Datu pada 12
Februari lalu mendapat bantuan pihak ketiga, demikian menurut Pengerusi
MNLF Muslimin Sema. Muslimin Sema adalah juga Timbalan Mayor Cotabato
City, Mindano.
Menurut Muslimin, Jamalul Kiram III tidak mempunyai keupayaan melakukan
tindakan itu, kerana individu yang mengaku Sultan Sulu itu tiada
kemampuan daripada segi kewangan.
Selain itu, Nama Royal Sulu Force, tidak pernah kedengaran sebelum ini,
nama RSF hanya muncul selepas kejadian pencerobohan Lahad Datu.
Penceroboh Lahad Datu yang diketuai oleh adik Jamalul kiram III Agbimuddin menceroboh Kg Tanduo pada malam 12 Februari.
Pada 5 Mac Pasukan Keselamatan Negara menjalankan Ops daulat berskala besar dan membunuh 67 pengganas setakat ini.
Dalam perkembangan lain,kg Tanduo kini diistiharkan kawasan yang tidak
sesuai diduduki penduduk. Penduduk yang sebelum ini menduduki kampung
itu akan dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai.
Semalam pihak polis ada membuat kenyataan bahawa pengganas sulu mendapat
bantuan daripada beberapa individu daripada Semporna dan Sandakan.
Manakala hari ini, KPN Tan Sri Ismail Omar mengesahkan memang pihak
polis sedang menyiasat dan menjejaki beberapa individu yang terlibat
menghantar kewangan bagi membiayai pencerobohan Lahad Datu.
Pengganas sulu kini, kehilangan arah selepas beberapa pemimpinnya
tertangkap dan terbunuh, selain bekalan logistik seperti makanan dan
maklumat terputus sejak dua minggu lalu.
Pagi tadi berlaku tembak menembak antara pengganas dengan pasukan
keselamatan di Tanjung Batu, namun tiada laporan kemalangan jiwa.
Pasukan keselamatan hanya berjaya menemui sepucuk pistol dengan beberapa
butir peluru yang ditinggalkan pengganas yang sempat melarikan diri.
Muslimin Sema |
0 comments:
Post a Comment