Powered by Blogger.

Social:Anis Afida gugat penyandang Azalina Othman

Perkembangan terbaru itu barang tentu membuatkan penyandang kerusi Pengerang, Datuk Azalina Othman tidak keruan gara-gara projek RAPID mengakibatkan satu ledakan dan kejutan bakal dilakar.


Anis Afida Mohd Azli
Aktivis muda ini dijangka mampu memberikan saingan sengit buat Barisan Nasional setelah beliau diuji dengan pelbagai provokasi termasuklah dihadiahkan ‘batu nisan’ dan rumahnya disimbah cat baru-baru ini.

Dalam laporan Harakahdaily baru-baru ini menyebut PAS meletakkan 22 calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dari 22 kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, dilaporkan berkata 22 kerusi untuk calon wanita itu telah dimuktamadkan parti.

“Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat. Mungkin ada pertambahan lagi,” tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, kerusi-kerusi tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Beliau juga berkata, asalnya mereka (muslimat PAS) meminta setiap negeri satu kerusi parlimen, dan satu kerusi Dun.

“Bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan lebih dari satu kerusi untuk calon wanita,” tegas beliau.

0 comments:

Post a Comment

Followers