Lagi Samseng Umno Bertindak Kurang Ajar.. Saksikanlah!!
PETALING
JAYA 27 MAC: Kira-kira 30 samseng dari beberapa NGO pro Umno membuat
kecoh di depan Ibu Pejabat KEADILAN, kira-kira jam 3 petang
tadi.Kekecohan berlaku selama 20 minit sebelum kumpulan itu
beredar.Perhimpunan tersebut bagi menuntut supaya Naib Presiden, Tian
Chua memohon maaf susulan kenyataan kontroversi berhubung insiden di
Lahad Datu, Sabah.Sambil membawa kain rentang mengutuk Tian dan Datuk
Seri Anwar Ibrahim, kumpulan itu menjerit-jerit memburukkan Pakatan
Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN.
Menurut
pengawal keselamatan di premis itu, S Valu, kumpulan samseng tersebut
merupakan kumpulan yang sama membuat kecoh di pejabat KEADILAN dua
minggu lalu.
“Mereka adalah kumpulan yang
sama, cuma kali ini mereka jerit-jerit burukkan parti dan Datuk Seri
(Anwar).“Lepas selesai menjerit, terus mereka balik,” katanya ketika
dihubungi.
Menurut Valu, semasa kejadian,
lebih kurang 20 polis hanya mengawal dan memerhati tindakan samseng itu
sehingga mereka bersurai.Terdahulu, pada 11 Mac lalu, kumpulan samseng
sama membuat kecoh di hadapan pejabat KEADILAN sehingga menyebabkan
seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.
Mereka bertindak liar dengan
membaling telur dan kayu ke arah pejabat dan kakitangan yang
terlibat.Serangan itu menyebabkan logo parti di pintu utama pecah dan
tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail patah.
Bagaimanapun, kejadian itu hanya
diperhatikan polis tanpa ada usaha untuk meleraikan kekecohan
tersebut.Lebih teruk lagi, tiada satupun siasatan dan tindakan dikenakan
ke atas samseng terlibat. ~keadilandaily
ok le tu...masa bersih dulu polis pun tak buat apa2 gak kat korang...malah polis yg kena belasah oleh korang...mana lagi kuang ajar?dan mana lagi samseng?
ReplyDeletetipu tu. utk samseng upahan PKR. sebab tu boleh amik gambar. lebih kurang mcm paria tentera upahan sulu tu..
ReplyDelete