Powered by Blogger.

social news:TAK MENGAKU BERSALAH ROGOL GADIS BERUSIA 14 TAHUN!!!

PETALING JAYA - Seorang pekerja bengkel motor mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini, semalam, terhadap pertuduhan merogol gadis berusia 14 tahun, dua minggu lalu.

Mohamad Redzuan Md Zain, 25, didakwa melakukan perbuatan terhadap pelajar itu di sebuah rumah di Seri Kembangan, 16 Mac lalu antara jam 7.30 malam dan 9.15 malam keesokan harinya.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana saling mengenali mangsa.

Mohamad Redzuan, bagaimanapun memohon mahkamah menawarkan jaminan ke atasnya kerana dia menanggung keluarganya.

Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini bagi sebutan semula kes.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh dikehendaki melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan, serta melarang tertuduh mendekati mangsa dan saksi-saksi pendakwaan

0 comments:

Post a Comment

Followers