GOPENG: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler 
berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih 
sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung
 Pengkalan Pegoh.
Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon 
berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang
 diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program 
yang dianjur hari ini."Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat 
program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut 
memberi kerjasama."Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam 
halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar 
tidak hadir ke tempat program tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.
 
Beliau yang kecewa dengan 
tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak 
profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia 
adalah sebuah negara yang demokrasi."Tindakan polis yang mengikut arahan
 pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari 
sejam."Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang 
lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah
 pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika 
ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.Tengah hari tadi, lebih 30
 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas
 mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari 
lebuhraya.Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak 
polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.Pihak 
polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar 
konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak 
berkuasa.Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis 
terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 
'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'.Lebih kurang lima buah 
kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di
 mana konvoi tersebut ditahan.Walaupun treler tersebut ditahan oleh 
pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan
 Jalan (JPJ).Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan 
setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari
 rombongan konvoi.Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding 
dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi 
diteruskan.Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan 
ceramah di Bandar Kamunting.Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan 
jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang
 lagi
 
SIKIT SIKIT UMNO, KO INGAT RAKYAT BODOH KE NAK TERIMA SEMUA PAS BUAT TAK BETUL, SEMUA PKR BUAT TAK BETUL DI SALAH KAN UMNO, JANGAN LAH MAIN POLITIK KOTOR, KO SAKIT PERUT MAKAN JULAP PUN NAK SALAHKAN UMNO KE.... BERTABURLAH TAIK KO KAT TENGAH JALAN, JANGAN SALAHKAN ORG LAIN, ADA PAHAM..
ReplyDelete