Bintang Skuasy Negara, Lihat Pakaian, Seksi Tak?
SUKAN
BINTANG skuasy negara, Low Wee Wern terpaksa melupakan impian untuk mara ke pusingan suku akhir pada Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur-CIMB 2013. Wee Wern gagal meneruskan kemaraan selepas tewas 12-10,7-11,8-11,11-8,11-4 kepada Medeline Perry dalam tempoh 96 minit.
Lebih malang, Wee Wern terpaksa bermain dalam kesakitan akibat mengalami kekejangan pada kaki kiri sejak memasuki set ketiga perlawanan. “Perry seorang pemain yang berpengalaman dan dia berjaya menafaatkan setiap peluang yang ada,” kata Wee Wern yang masih berada dalam kesakitan ketika ditemui pemberita.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setelah lebih setengah abad UMNO memerintah Malayisa, tidak ada satu pun kepala otak pemimpin, ulamak, ahli fikir Malaysia, walaupun lulusan tinggi-tinggi dari seluruh dunia, mampu memcipta pakaian ahli sukan negara yang menutup aurat sesuai dengan 'Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan)'.
Di mana salahya? Apakah semua pemikiran mereka telah dijajah oleh pemiikiran barat, buta melihat Islam? Apakah pemikiran mereka sudah murtad kerana menganggap agama Islam tidak sesuai lagi dengan zaman kini hingga tidak perlu dihayati di dalam kementerian sukan negara ini? Astaghfirullah! Diharap tidak begitu. Sila rujuk kitab Mustika Hadis Terbitan Jabatan Perdana Menteri Malayia.
Nampaknya UMNO/BN tidak mampu menyelesaikan masalah umat Islam di negara ini, walau perkara sekecil itu sekali pun. Sejarah ucapan pemimpin-pemimpin tertingginya membuktikan kejahilan UMNO dalam mempraktikkan Islam. Sehingga susah umat Islam melaksanakan Islam yang syumul dalam negaranya sendiri.
Oleh itu, alternatifnya, UNDIAH PAS kali ini..sekurang-kurangnya sebagai melepaskan tanggung jawab seorang Islam, berdakwah walau pun hanya dengan hati.. yang masuk dalam kategori 'selemah-lemah iman'.
Boleh komen, wahai kawan-kawan kita dari UMNO..
0 comments:
Post a Comment