Malaysian:Pelacur Bawah Umur Di Lahad Datu
Sebab itu bandar kecil ini menjadi semakin sunyi bila tibanya waktu malam.
Namun masih ada yang seolah-olah tidak mengambil kisah apa yang berlaku.
Malam tadi ketika membuat tinjauan di sekitar pusat bandar, masih ada yang menjual rokok-rokok seludup di tepi jalan secara terbuka.Walaupun jumlah penjualnya dikatakan turun secara mendadak, namun ada yang ‘buat bodoh’, mungkin kerana itu punca utama rezeki mereka.Tetapi yang paling mengejutkan, kami menemui sekumpulan pondan dan gadis bawah umur di celah-celah bandar kecil itu.Pada mulanya kami menyangka mereka mungkin remaja yang hanya bersiar-siar mengambil angin malam, tetapi jangkaan kami meleset.Mereka bukan mengambil angin malam, tetapi sebenarnya KUPU-KUPU MALAM!
” Kalau nampak mereka (polis) kami larilah bah, ini pun curik-curik keluar, sebab itu aku hanya berdua dengan temanku ini, kalau ada, adalah…kalau tiada yang mau ngambil kami, kami berdua jalan-jalan makan angin saja bah, makan angin takkan kena tangkap kan?,” katanya sambil tersenyum. - xlupa.com
0 comments:
Post a Comment