Powered by Blogger.

AGENDA CAUVINISME KIT SIANG TAWAN PARLIMEN JOHOR.


Tindakan Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah jelas menunjukkan Penasihat DAP itu seorang yang bersikap 'cauvinisme' selain cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat di kawasan berkenaan.
  
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Idris Haron berkata pemimpin DAP itu sengaja bertanding di kawasan yang mempunyai majoriti kaum Cina semata-mata untuk memecahbelahkannya kepada dua kumpulan.
  
"Mereka berniat memecah belah bukan sahaja kaum Cina tetapi juga kaum lain, termasuk India dan Melayu, sebab DAP maklum Johor merupakan sebuah negeri yang rakyatnya mempunyai perpaduan antara kaum yang cukup kuat," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Generasi Kedua Felda di Sungai Sayong hari ini.
  
Majlis disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Turut hadir Anggota Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique.
 
Mengulas lanjut, Idris yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), berkata DAP sememangnya tidak senang dengan perpaduan yang ditunjukkan kaum Cina di bawah MCA, dan kehadiran Lim adalah untuk menggoncang perpaduan itu.
  
"Sekian lama kita hidup aman dan tenteram, namun apabila mereka dapat bersekongkol dengan PKR dan Pas, mereka juga sudah berani menyentuh sensitiviti agama Islam, termasuk membangkitkan isu berhubung penggunaan kalimah Allah," katanya.
  
Sehubungan itu, beliau berkata rakyat, tanpa mengira kaum, harus bijak menilai perkara ini dan menolak kehadiran mereka.
  
"Saya percaya rakyat di Johor bijak untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana permata, dan bersamalah kita bersatu untuk menentang mereka yang cuba merosakkan keharmonian Johor," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Followers