Remaja Perempuan 14 Tahun Lari Dari Rumah Untuk Lakukan Hubungan Intim Bersama Teman Lelaki
KULIM - Polis berjaya menemui semula seorang pelajar perempuan berusia
14 tahun yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu di sebuah ladang
kelapa sawit dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.
“Suspek yang melakukan jenayah rogol, boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan,” katanya
Pelajar itu dikatakan lari dari rumah dan tinggal bersama rakannya.
Ketika ditemui, dia bersembunyi di belakang pokok kelapa sawit dan lebih
mengejutkan, pelajar itu sedang melakukan hubungan seks bersama
kekasihnya.
Remaja itu dan suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Siasatan mendapati, gadis berkenaan mengenali suspek dua bulan lalu dan pernah melakukan hubungan seks lebih dari sekali.
Pada mulanya, dia dikatakan a mengajak suspek pergi berkelah
bagaimanapun suspek membawanya ke ladang kelapa sawit untuk melakukan
hubungan seks.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh
berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana
merogol.
Beliau turut menasihatkan mana-mana remaja lelaki supaya tidak
menjalinkan hubungan intim dan melakukan hubungan seks dengan pelajar
perempuan bawah umur.
“Sekiranya mereka melakukan hubungan seks terhadap pelajar perempuan
bawah umur, ia merupakan satu kesalahan serius kerana perbuatan itu
diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakannya.
http://joezuax.blogspot.com/ sudah dipautkan di daengselili.blogspot.com..mohon pautkan kembali :)
ReplyDeletetq
ReplyDelete