Panas!! 'Babak Seksi' Erin Malek Berkemban Atas Katil Hingga Nampak Tali Baju Dalam... Jom Terjah!!
Sengaja atau tidak sengaja? Itu persoalan utama apabila isu membabitkan 'babak seksi' pelakon Erin di atas katil dengan berkemban sehingga menampakkan tali baju dalamnya tersebar di akhbar. Ada yang kata pelakon cilik ini tidak serik-serik berhadapan dengan isu 'murahan' seperti ini. Atau apakah juga dia dengan sengaja mahu mencari publisiti murah untuk diri sendiri sehingga sanggup memuatkan gambar berkenaan dalam laman sosial sendiri?
Apapun persepsi dan tanggapan, pelakon ini punya jawapan tersendiri. Kata Erin, dia punya sebab musabab yang wajar.
"Saya bukanlah orang yang suka rakam foto di bilik tidur,
kemudian muat naik untuk tatapan ramai. Saya masih ada perasaan malu,"
kata Erin Malek menjelaskan cerita sebenar tentang gambar instagram yang
diletakkan di Twitternya baru-baru ini.
Kata
Erin, foto seksinya menggayakan gaun malam itu dirakam ketika dia
sedang menunggu arahan daripada pengarah, Ahmad Idham Ahamd Nadzri untuk
memulakan penggambaran filem Lari.
"Gambar
itu dirakam bukan dalam bilik tidur saya tapi di lokasi. Ramai orang
berada di sekeliling saya ketika itu. Malah gaun malam yang saya pakai
itu pun pakaian saya ketika memegang watak Ina.
"Saya memakai tube,
bra dan gaun. Tujuan saya memapar foto itu adalah untuk memberitahu
peminat yang saya sedang menjalani penggambaran. Silapnya saya tidak
beritahu bahawa itu di lokasi penggambaran,"
Menurut
Erin, gambar itu bukan dituju kepada teman lelakinya tapi untuk semua
para peminat. Ia dengan tujuan memudahkan mereka mengikuti
perkembangannya kerana sepanjang menjalani penggambaran filem Lari sudah beberapa keping fotonya dimuat naik di Twitter.
Apa
yang dikesalkan oleh Erin, laporan yang dibuat berat sebelah kerana si
penulis tidak memahami maksudnya. Malah, dia juga tidak diberi peluang
membuat penjelasan awal sebelum berita berkenaan diterbitkan.
"Persoalannya,
kenapa si pembaca dan penulis itu tidak tanya saya sendiri? Mereka
pandai-pandai buat andaian sendiri, tulis bukan-bukan.
"Bila
keluar cerita itu, saya dimarahi emak dan adik- beradik. Saya tidak
suka cari publisiti melalui cerita yang bukan-bukan tapi orang selalu
salah anggap pada saya. Tujuan saya keluarkan gambar itu pada masa ini,
sekurang-kurangnya bila filem disiarkan kelak, penonton tahu itu adalah
untuk watak Ina yang dipaksa menjadi pelacur setelah diculik," katanya
dengan nada kesal.
Meskipun dirinya teruk diperkata, Erin tetap tabah kerana filem Lari yang dilakonkan bersama Aaron Aziz itu banyak menampilkan mesej untuk para gadis.
0 comments:
Post a Comment