Ohsenyum : Bintang Bollywood Sanjay Dutt Dipenjarah 5 Tahun
Sanjay Dutt hadapi hukuman lima tahun penjara
Bintang Bollywood, Sanjay Dutt semalam
menangis semasa dia mengumumkan tidak lagi mahu berjuang untuk mengelakkan
dihukum penjara kerana didapati bersalah membeli sejumlah senjata api daripada
gengster India.Para penyokongnya sebelum ini mahu Dutt membuat rayuan selepas
Mahkamah Tinggi India menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya pada
minggu lalu kerana dia membeli senjata tersebut.
Dutt membeli senjata itu daripada kumpulan
gengster yang terlibat dalam satu siri letupan bom pada tahun 1993 sehingga
menyebabkan 257 orang mati.Bagaimanapun, pada satu sidang akhbar di sini, Dutt
yang disertai beberapa anggota keluarganya tidak dapat menahan titisan air
matanya.Dutt, 53, menyatakan, dia akan menerima takdir yang telah ditetapkan ke
atas dirinya dan akan menyerah diri kepada pihak berkuasa penjara sebelum
tarikh akhir penyerahan dirinya berakhir dalam tempoh tiga minggu lagi.
"Saya akan menyerah diri... mahkamah
telah memberikan saya tempoh (untuk menyerahkan diri)," katanya kepada
pemberita."Saya mahu memberitahu media dan penduduk di negara ini bahawa
apabila saya tidak meminta diampunkan, tidak akan ada lagi perdebatan.
"Biarlah saya hidup dengan aman sehingga
saya pergi... saya mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan,"
tambahnya.Dia kemudian memeluk adiknya yang juga seorang ahli politik, Priya
Dutt.Dutt berharap akan menyelesaikan beberapa projek filemnya sebelum dia
kembali ke penjara.
Aktor yang pernah membintangi filem Khalnayak itu
sudah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan berhubung kes itu.Dia yang
terkenal sebagai perusuh dalam siri televisyen Munnabhai kemudian
dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan kes rayuannya itu.Dutt
akan menjalani baki hukuman itu selepas dia menyerah diri.
Sanjay Dutt pada tahun 1993 |
Pelakon itu sebelum ini menegaskan, dia
membeli senjata api dengan tujuan untuk melindungi keluarganya dalam rusuhan
agama pada tahun 1993 yang meletus ekoran Masjid Babri dimusnahkan.Ibunya ialah
seorang Muslim manakala bapanya merupakan penganut Hindu.Beberapa penganalisis
berkata, hukuman tersebut bakal memberi tamparan hebat kepada industri hiburan
India kerana beberapa projek filem lakonannya mungkin akan ditangguhkan. -Kosmo
0 comments:
Post a Comment