Kerja Gila!!! 'Walid' Berusia 64 Tahun Rogol Gadis Bawah Umur Ketika Jalani Rawatan Buang Sihir.. Jom Terjah!!!
ALOR SETAR - Polis Kota
Setar sedang memburu seorang lelaki berusia 64 tahun yang didakwa
merogol seorang gadis bawah umur ketika mangsa mendapatkan rawatan
tradisional daripadanya, dalam kejadian tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kota
Setar ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali
sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang
dibuat ibu mangsa.
Gadis berusia 12 tahun
itu mendakwa dirogol beberapa kali oleh bomoh tersebut ketika menjalani
rawatan membuang sihir, di sebuah rumah sewa di Taman PKNK, Jalan
Sultanah di sini antara September dan November lepas, katanya di sini
hari ini.
Katanya polis mendapati
suspek sudah berpindah keluar daripada rumah sewanya yang turut
dijadikan pusat rawatan dan dipercayai berada di luar daerah ini.
Sementara itu, ibu
mangsa yang ditemui pemberita, berkata anak saudaranya yang berusia 16
tahun juga mendakwa dicabul bomoh tersebut ketika menemani sepupunya
menjalani rawatan berkenaan.
Dakwanya setiap kali
rawatan, lelaki tersebut akan meminta untuk bersendirian dengan anak
gadisnya di dalam sebuah bilik, kononnya bagi melancarkan proses
rawatan.
"Selepas beberapa kali
jalani rawatan anak saya cerita perkara sebenar yang dia dirogol oleh
pengamal perubatan itu dan terus membuat pemeriksaan di Hospital
Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
"Doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan anak saya," katanya.- Bernama
0 comments:
Post a Comment