Habislah Anwar....! Najib Yakin BN Boleh Menang Majoriti 2/3
Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia
iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya
bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam
Pilihanraya ini.
Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan
peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan
kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.
Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah
peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan
politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri
di saat-saat genting ini.
Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini
memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut
dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari
ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin
MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina
beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.
Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu
Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad
pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum
peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.
Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini
ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar
darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan
kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan
pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina....?
Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian,
tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang
laporan tersebut pastinya berasas.
Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu
menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang
sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi
Perdana Menteri.
Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat....?
Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa
yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah
biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja
dan tergila-gila untuk berkuasa.
Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja
bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat
kepada rakyat di kawasannya dengan baik.
Dengan cara ini, tidak
mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat
Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk,
jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.
Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu
belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’
merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan
antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?
Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan
apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan
dengannya.
Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.
Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib
jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun
sebagai pemimpin parti.
Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan
yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi
negara ini.
Najib juga telah menekankan bagaimana beliau telah melakukan
perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli
untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.
Sebenarnya, beliau tidak perlu
bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya
membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh
sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan
pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020.
Ini membawa
kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing
meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009,
mengikut laporan HSBC.
Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang
dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu
risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak
punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada
kredibiliti.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa
untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti
kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat
pilihan.
Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif,
pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib
pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.
0 comments:
Post a Comment