Ugut Jual Isteri Pada Along Supaya Dirogol
Gombak: Berang apabila isteri enggan memberi kerjasama untuk dia
berurusan dengan ceti haram atau along, seorang lelaki mengugut menjual
isterinya supaya dirogol sebagai cara melangsaikan hutang.
Sumber polis berkata, lelaki itu yang berhutang RM10,000 daripada along meminta isterinya yang juga berusia 32 tahun berbuat demikian kerana kad ATM miliknya sudah dirampas along yang turut mengambil wang gajinya.
“Bagaimanapun, isterinya enggan menyebabkan suspek naik angin dan memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat,” katanya.
Sumber itu berkata, tidak cukup dengan maki hamun mangsa mengugut mencederakan mangsa jika enggan memberikan kad terbabit.
Dia yang bimbang kejadian tidak diingini berlaku membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Dalam kejadian di rumah pasangan berkenaan di Selayang, dekat sini,
pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, lelaki terbabit yang berusia 32 tahun
meminta isterinya menyerahkan nombor akaun bank dan kad mesin juruwang
automatik (ATM).
Sumber polis berkata, lelaki itu yang berhutang RM10,000 daripada along meminta isterinya yang juga berusia 32 tahun berbuat demikian kerana kad ATM miliknya sudah dirampas along yang turut mengambil wang gajinya.
“Buntu memikirkan masalah kewangan dihadapi, dia merayu isterinya
supaya menyerahkan kad ATM dan nombor akaun bank supaya wang gajinya
selepas ini dimasukkan ke akaun isterinya.
“Bagaimanapun, isterinya enggan menyebabkan suspek naik angin dan memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat,” katanya.
Sumber itu berkata, tidak cukup dengan maki hamun mangsa mengugut mencederakan mangsa jika enggan memberikan kad terbabit.
“Gagal mengawal kemarahannya, suspek bertindak mengugut ‘menjual’ mangsa kepada along bagi melunaskan hutangnya,” katanya.
Dia yang bimbang kejadian tidak diingini berlaku membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul
Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan
siasatan lanjut sedang dijalankan. - HMetro
0 comments:
Post a Comment