semua orang sibuk, tapi tengok ini dulu....
ini yang ditulis oleh Rosmah Dain di Utusan Malaysia 18 Julai 2006:-
Segala-galanya terlalu perit buat Noor Muha Aziz, 26. Namun dia tidak
pernah meminta belas ihsan orang lain dan tidak pernah meratapi takdir
yang menimpanya. Keinginannya sekadar dia mendapat layanan yang sama
seperti insan normal lain.
Biarpun menderita pelbagai jenis penyakit dan pasrah dengan ‘nikmat
hidup’nya yang ditarik satu persatu, Noor Muha tidak pernah kesal. Dia
juga tidak pernah membataskan dirinya untuk terus memperguna dan
mendalami ilmu yang ada.
Melalui seorang teman, saya bertemu dengan Noor Muha di kediamannya di
Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. Melihatkan dia berkerusi roda saya
tidak pernah membayangkan anak muda bersemangat waja dan peramah ini
mengalami cacat penglihatan ketika keadaannya separuh lumpuh dari aras
pinggang ke bawah.
Suara riang dan sikapnya yang mesra menyentuh hati saya. Paling mengusik
hati apabila dalam teraba-raba dia masih mampu menghidangkan makanan
yang dimasak sendiri untuk menjamu saya dan jurugambar.
“Saya memang gemar memasak,” katanya sambil mengambil cawan dari dalam almari.
Gerak lakunya yang cergas tidak menampakkan kecacatannya. Malah kerusi
rodanya langsung tidak terlanggar perabot dan peralatan di dalam rumah
tersebut.
Rasa kagum saya semakin bertambah semasa kami berbual. Beberapa kali
Noor Muha membacakan surah-surah al-Quran dan potongan hadis apabila
membincangkan sesuatu topik dan fokus.
Beberapa kali juga Nor Muha menjelaskan beberapa petikan kata-kata orang
ternama yang tidak sedikit ilmunya untuk rujukan ketika mengemukakan
bukti atas setiap cerita yang terluah dari bibirnya.
Lalu berkatalah hati saya, biarpun matanya tidak dapat melihat, tetapi
hatinya amat terang. Dia membaca melalui mata hatinya, anugerah Tuhan
yang tertinggi untuknya sebagai penawar kepada kesengsaraan hidupnya.
“Saya memang gemar membaca. Selalunya saya ada orang yang membacakannya
kepada saya, tidak pun melalui pendengaran. Saya juga rajin mentelaah
menggunakan komputer peribadi khas untuk orang seperti saya,” katanya.
Rasa bangga saya terhadap anak muda ini bertambah apabila dimaklumkan
yang dia sedang dalam proses menyiapkan sebuah buku berjudul Salasilah
Kesultanan Melayu Seluruh Nusantara. Manuskripnya sudah hampir siap dan
bakal dibukukan tidak lama lagi.
Tidak cukup dengan itu, Noor Muha juga mengendalikan skim insurans bagi
kemudahan orang-orang miskin, OKU dan mereka yang bernasib malang untuk
membantu mereka dari segi kewangan apabila terjadi kejadian yang tidak
diingini.
Seiring menyiapkan manuskrip berkenaan, Noor Muha juga hampir
menyelesaikan sebuah lagi buku rujukan iaitu Direktori Raja-Raja Melayu.
Pada saya, manusia sempurna juga tidak punya cita-cita sepertinya, namun
Noor Muha yang mengakui sangat gemar membaca kitab-kitab lama melakukan
semua ini untuk menebarkan pengetahuan yang ada pada dirinya kepada
generasi muda.
Jika diizinkan Tuhan, dalam masa terdekat ini Noor Muha juga kemungkinan
mengadakan satu pameran yang menjurus kepada keunikan Salasilah
Raja-Raja Melayu yang bakal diadakan di Pahang.
Tidak suka bergantung kepada orang untuk menguruskan kehidupan, anak
muda ini turut menjadi Pengurus Acara (Event Management) Pekida Pro
Event Management.
“Alhamdulillah, setakat ini dengan bantuan rakan-rakan saya dapat
melakukan apa sahaja yang diperlukan oleh pelanggan yang percaya dengan
kebolehan yang ada pada diri saya,” katanya.
Menjadi tutor
Ilmu yang dimiliki tidak dibiarkan begitu sahaja. Noor Muha turut
mencurahnya kepada mereka yang memerlukan dengan menjadi tutor kelas
tambahan bahasa Inggeris dan matematik di sebuah pusat ilmu di Cheras,
Kuala Lumpur. Noor Muha juga sebelum ini pernah menjadi guru sandaran.
Siapakah anak muda yang bernama Noor Muha ini?
Noor Muha yang berasal dari Kuantan merupakan anak kesebelas daripada 12 adik-beradik (termasuk adik-beradik tiri).
Ketika kecil, diari kehidupan Noor Muha dipenuhi dengan rawatan dan
makan ubat-ubatan kerana dia sentiasa sakit. Biarpun sentiasa mengalami
pelbagai penyakit, Noor Muha tetap aktif dalam kegiatan perkumpulan dan
‘nakal’ sebagai anak lelaki.
Ketika di bangku sekolah, dia merupakan pelajar yang sangat cemerlang
dan seterusnya meneruskan pembelajaran di Sekolah Menengah Sains,
Dungun, Terengganu ketika dalam tingkatan tiga.
Ketika ini nasib tidak menyebelahinya, apabila ketumbuhan yang
dideritainya di tekak melarat sehingga ke perut. Pergerakannya mula
terganggu.
Pada umur 16 tahun, Noor Muha menjadi lumpuh separuh badan akibat tulang
belakang beralih tetapi nasibnya baik kerana menerusi kaedah perubatan
terkini akhirnya dia mampu berjalan semula dengan menggunakan tongkat.
Dalam tempoh ini, hidupnya sentiasa bergantung kepada ubat. Pun begitu
dia masih mampu ke sekolah dan seterusnya menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya
memperoleh sembilan agregat dalam SPM dan berjaya memasuki Universiti
Teknologi Mara (UiTM) untuk meneruskan pengajian dalam bidang
undang-undang.
“Secara tiba-tiba saya mengalami lelah yang kronik dan tulang belakang
saya teralih semula pada semester pertama menyebabkan saya lumpuh dan
pembelajaran saya terganggu.
“Atas semangat yang kuat, pada tahun 2000 hingga 2002, saya boleh
berjalan semula (dengan alat bantuan berjalan). Sayangnya ketumbuhan
semakin melarat. Kesan radiasi turut menyebabkan mata saya menjadi
rabun,’’ katanya.
Tamat pengajian, Noor Muha bertugas sebagai Pembantu Penyelidik di
Muzium Negeri Pahang dan menyewa rumah di Pekan bagi memudahkannya
berulang-alik ke muzium itu.
Pada tahun 2004, Noor Muha mengalami sakit kepala yang teruk sehingga menyebabkan dia pengsan selama dua jam.
“Apabila saya sedar, saya dapati saya sudah tidak dapat melihat lagi.
Kesan ketumbuhan itu juga menyebabkan sebelah tangan saya tidak boleh
bergerak dan sebelah telinga menjadi pekak sehingga kini,” katanya.
Enggan menyusahkan sesiapa, Noor Muha mengambil keputusan untuk hidup
sendiri di Kuala Lumpur, jauh daripada keluarga. Sudah tentu sepanjang
hidup sendiri, pelbagai kepahitan hidup dilalui. Sudahlah jauh daripada
keluarga, kekasih hati juga menjauhkan diri sedangkan tarikh perkahwinan
yang bakal berlangsung September ini masih terawang-awang.
Bak perumpamaan bagai lilin menerangi kegelapan, rela terbakar diri
untuk menerangi orang lain, itulah prinsip hidup Noor Muha sekarang.
Selagi hidup dan boleh berfikir Noor Muha akan teruskan hidup dan
mencurah ilmu yang dimilikinya kepada mereka yang memerlukan.
Semangat juang Noor Muha untuk meneruskan kehidupan akan terus menyala
selagi Tuhan masih mengizinkan dia hidup di bumi ini. Jika sampai
saatnya dia dijemput pulang, dia reda dengan ketentuan Tuhan. Sementara
menunggu saat itu, Noor Muha pasrah dan mengharapkan setiap hari dia
dapat berbakti kepada mereka yang memerlukan!
Saya melangkah meninggalkan rumah Noor Muha dengan rasa sebak di dada.
Sebagai ibu saya kagum dengan ketabahannya terpisah daripada keluarga
dan hidup sendiri dalam serba kekurangan. Doa saya semoga Allah
melindungi Noor Muha.dapat email ini daripada Alin isteri Zunar lalu teringat rupa-rupanya
Muha kawan lama aku sekeluarga dan dah lama tak berjumpa. Alhamdulillah,
dia masih kuat seperti dulu dalam keadaan begitu. ini email dia. apa
yang anda boleh lakukan?
Salam dan Selamat Sejahtera,
Saya Muha Aziz, dengan rendah hati ingin menarik perhatian sahabat sekalian
kepada satu permasalahan yang tidak asing kepada penggiat teater tanahair.
Kami sering tidak mendapat sokongan daripada pihak korporat!
Teater Chow Kit Road! Chow Kit Road! (CKR! CKR!) merupakan satu produksi
yang cuba mengangkat kenangan lagu - lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji
Arshad yang tidak terkenal di samping membantu adik - adik di Chow Kit!
Malah CKR! CKR! turut membuka seluas - luasnya pintu dan menaruh setinggi -
tinggi keyakinan terhadap OKU seperti saya.
Malangnya, semuanya bakal hancur jika tiada sokongan daripada aspek
kewangan dan tajaan.
Maka, saya terpanggil untuk menyeru raka - rakan & para sahabat untuk
menyumbang 1 US Dollart bersamaan RM 3.2 untuk menjadikan CKR! CKR! satu
kenyataan
Salam dan Selamat Sejahtera,
Saya Muha Aziz, dengan rendah hati ingin menarik perhatian sahabat sekalian
kepada satu permasalahan yang tidak asing kepada penggiat teater tanahair.
Kami sering tidak mendapat sokongan daripada pihak korporat!
Teater Chow Kit Road! Chow Kit Road! (CKR! CKR!) merupakan satu produksi
yang cuba mengangkat kenangan lagu - lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji
Arshad yang tidak terkenal di samping membantu adik - adik di Chow Kit!
Malah CKR! CKR! turut membuka seluas - luasnya pintu dan menaruh setinggi -
tinggi keyakinan terhadap OKU seperti saya.
Malangnya, semuanya bakal hancur jika tiada sokongan daripada aspek
kewangan dan tajaan.
Maka, saya terpanggil untuk menyeru raka - rakan & para sahabat untuk
menyumbang 1 US Dollart bersamaan RM 3.2 untuk menjadikan CKR! CKR! satu
kenyataan
0 comments:
Post a Comment