Powered by Blogger.

Saya gembira bila sudah berkeluarga

“Saya gembira bila sudah berkeluarga dan apabila anak sulung Dato’ K sudah mendirikan rumah tangga saya begitu bahagia dan gembira sekali. Saya ada bersama pasangan ketika mereka diraikan dan semuanya berjalan lancar dan selamat,” ujarnya ketika ditemui semasa pelancaran kempen SimplySiti di Hati.
Ketika ditemui, suara Dato’ Siti Nurhaliza kedengaran agak serak kerana kami difahamkan Dato’ Siti Nurhaliza terlibat dengan sebuah ‘gameshow’ dan akan disiarkan pada tahun hadapan.
Dato’ Siti Nurhaliza juga turut akan mengadakan konsert ‘Ekspresi Gemilang’ di 3 lokasi di Indonesia. Antara artis Malaysia yang turut terlibat bersama Siti Nurhaliza di Indonesia ialah Shila Amzah dan Amy Search. Manakala artis Indonesia yang dijemput untuk sama-sama memeriahkan konsert ‘Ekspresi Gemilang’ Dato’ Siti Nurhaliza ialah Rossa, Ungu, Titi DJ, Radja dan beberapa artis lain lagi. Penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu Cindai itu akan berkampung selama seminggu di sana bermula pada 9 hingga 15 Disember 2012.
Selain itu, konsert solonya pada tahun hadapan bersama Malaysian Philharmonic Orchestra di Kuala Lumpur bakal berlangsung pada pertengahan tahun 2013.
“Menyanyi diiringi orkestra sesungguhnya amat mencabar seseorang yang bergelar penyanyi dan sekarang ini dalam proses dan InsyaAllah kalau menjadilah konsert ini kita akan panggil rakan-rakan media dan mengadakan satu sidang media mengenainya,”ujarnya.
Dato’ Siti Nurhaliza juga menyukai susunan muzik lagu miliknya yang bertajuk ‘Falling In Love’ yang telah dipersembahkan oleh kumpulan Bunkface di Anugerah Blockbuster baru-baru ini dan baginya itu adalah satu bonus kerana lagunya dapat diterima oleh golongan-golongan indie band.

0 comments:

Post a Comment

Followers