Powered by Blogger.

Pengundi Papar Mahukan Datuk at Rosnah_ARS Memimpin! at NajibRazak

Desas desus mengenai siapakah calon yang akan bertanding di Parlimen Papar semakin ke kemuncaknya... Rata-rata, dengan majoriti yang besar diperolehi semasa PRU12 dan kerja keras membangunkan parlimen papar, datuk Rosnah Shirlin adalah calon terbaik!

Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Malaysia, dilihat calon terbaik dengan kepimpinan muda, hubungan dengan masyarakat dan kerja keras beliau selepas dipilih pada tahun 2008 yang lalu... Beliau yang cukup mesra dengan masyarakat pastinya akan sekali lagi menang dengan majoriti yang besar dalam keadaan Papar juga telah mula membangun selama 5 tahun kebelakangan ini...

Sentimen untuk melihat anak muda di parlimen juga memberikan kelebihan kepada Datuk Rosnah, semoga beliau terus berjuang mempertahankan Agama Bangsa dan negara!

Kepada Pengundi Papar, teruskan mengundi BN dan bersama di bawah kepimpinan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin!

Berikut adalah ucapan Datuk Rosnah selepas parlimen dibubarkan... rujuk di sini

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Semalam 03 April 2013, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU-13 dilaksanakan. Hal ini bermakna dalam tempoh 60 hari ini bila-bila masa sahaja SPR akan umumkan tarikh mengundi.

Dalam tempoh 4 tahun pemerintahan YAB Dato’ Seri Najib pelbagai perubahan dan transformasi yang dibuat demi mensejahtera rakyat. Beliau telah berjaya mentransformasikan negara dalam pelbagai sudut termasuk undang-undang, ekonomi dan sosial. Malah semua usaha tersebut jelas menampakkan perubahan dan kesan yang ketara terhadap rakyat dan negara.

Saya amat berharap rakyat dapat memilih dengan teliti tanpa emosi. Pilihlah pemimpin yang berbudi,pekerti tingg,menunai janji. Bukan pemimpin yang hanya pandai menabur janji buruk pekerti.

PRU-13 ini bukan calang-calang juangnya,ia merupakan ibu kepada semua pilihanraya.

Pesan saya untuk adik-adik jentera Puteri seluruh Malaysia di semua peringkat tidak kira PDM/Cawangan,Bahagian dan Negeri selamat berjuang. Jalankan tugas kepada parti sebaik mungkin. Berilah khidmat dan jasa dengan hati ikhlas. Hindari prasangka,hindari iri hati, bekerjalah dengan sepenuh hati. Perjuangan yang ikhlas pasti diberkati Maha Mengasihi.

0 comments:

Post a Comment

Followers