Powered by Blogger.

Pengambilan Jururawat Berkelulusan IPT Dibuka

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan institusi pengajian tinggi awam dan swasta tahun ini.
Sehubungan itu Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Farida Mohd Ali berkata graduan yang memiliki Diploma Kejururawatan dipelawa membuat permohonan.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata permohonan boleh dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan mengisi borang SPA-8i secara online di www.spa.gov.my selewat-lewatnya 30 April ini.
Urusan temuduga dijangka dijalankan pada bulan Jun dan tawaran pelantikan dijangka bermula dalam bulan Ogos.

0 comments:

Post a Comment

Followers