Powered by Blogger.

Pakatan Anwar-Azmin-Azizah di Selangor untuk singkirkan MB Khalid?

Spekulasi Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar jika Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) didakwa satu strategi untuk menyingkirkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Penganalisis politik, Prof Dr Jayum Jawan mendakwa, beliau tidak menolak kemungkinan Dr Wan Azizah diangkat sebagai calon menteri besar disebabkan kontroversi serta pertelagahan yang pernah dikaitkan antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

 “Itu mungkin satu kaedah untuk menggantikan beliau (Abdul Khalid) selepas PRU13 jika PR kekal di Selangor. Takkan ketua parti menang di situ, orang lain memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. “Saya melihat itu sebagai satu langkah untuk menyingkirkan Abdul Khalid dan digantikan dengan Wan Azizah (tiada siapa boleh cakap banyak kerana beliau adalah presiden parti),” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus berkaitan kemungkinan Dr Wan Azizah bakal dilantik menerajui kerajaan Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid jika PR masih mengekalkan kuasa di negeri itu.

0 comments:

Post a Comment

Followers