MESYUARAT KHAS SPR TENTUKAN TARIKH PRU AWAL MINGGU DEPAN
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat
khas bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) awal minggu depan.
"Kita kena menghormati keputusan (pembubaran). Ada negeri belum bubar
Dun... kita tunggu makluman daripada speaker negeri masing-masing.
"Lagipun SPR ada beberapa perkara yang harus diselesaikan minggu ini.
Jadi, mesyuarat khas akan diadakan awal minggu depan," kata beliau
kepada Sinar Harian Online malam tadi.
Ketika dihubungi malam tadi, hanya Dewan Rakyat dan empat Dun telah sah dibubarkan.
Menjelang tengah malam dua lagi negeri membubarkan Dun.
Setakat tengah malam tadi, Dun Perlis, Melaka, Sabah, Perak, Pahang dan Terengganu sudah diisytiharkan pembubaran.
0 comments:
Post a Comment