Powered by Blogger.

HOT: Ada yang kata ARTIS ni dah join PAS...

Farah Asyikin

Whoaaa... baru sekali join ceramah atas pentas PAS saja... dah berbagai versi cerita yang kita dengar. Terbaru, cerita artis neh yang dah join PAS. Betoi ka..? Dengar apa kata Farah sendiri...


10 Feb: Farah Asyikin belum sedia sertai politik, demikianlah tegas penyanyi, Farah Asyikin, dakwaan dia menyertai parti pembangkang. Kemunculan Farah di pentas ceramah parti Pas baru-baru ini menimbulkan persepsi negatif dalam usaha dakwahnya.

“”Saya pun tidak faham kenapa masyarakat sering memandang ke arah itu apabila artis berhijrah. Soalan pertama yang ditanya juga lebih kepada ‘apa yang saya sokong?’.

“Ya, saya memang ada menyertai ceramah baru-baru ini. Namun, saya hanya bercakap mengenai Islam dan perpaduan sesama Islam.

“Tidak pernah terlintas untuk menyertai parti itu atau mana-mana parti kerana diri saya masih mentah dalam membicarakan mengenai politik.

“Saya bukan berminat sertai program parti itu sahaja, malah jika ada tawaran dari parti lain termasuk dari kerajaan, Insya-ALLAH, saya akan hadiri,” katanya.

Pilih parti perjuang agama

Walaupun dirinya masih belum bersedia untuk menyertai arena politik, namun Farah tetap menyokong jika ada di kalangan rakan artis yang berminat dalam politik.

Malah, pesan Farah, mereka harus menyokong parti yang baik dan bagus dalam memperjuangkan agama.

“Bagi yang nak join parti, ia bukan satu kesalahan kerana ia adalah hak individu. Terserah kepada mereka.

“Namun, dalam soal memilih parti, pilihlah parti yang baik dan bersesuaian. Saya sendiri pun tak pandai nak cakap lebih-lebih kerana masih dalam proses pembelajaran,” katanya yang pernah memenangi anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM), 2008.

Dalam api neraka?

Mengimbau detik penghijrahan pelantun lagu, Kembali Lagi Disisimu ini, dia bersyukur kerana diberi hidayah di usia 33 tahun.

Mula menceburi industri seni sejak berusia 19 tahun, akui Farah, dia hanya menjalani hidup yang melalaikan selama 11 tahun walaupun berasal dari keluarga berlatar belakangkan agama yang kukuh.

“Waktu saya sedang memandu pada 12 Februari tahun lalu, saya nampak gambaran balasan untuk dosa-dosa lampau. Saya terus menangis dan ingat saya akan mati.

“Saya segera memohon ampun daripada ALLAH SWT dan nekad melakukan taubat nasuha. Ketika saya berdoa, hujan turun dengan lebat, kemudian berhenti selepas saya mengaminkan doa itu.

“Sebelum itu, saya pernah mendapat petanda seperti berada dalam api yang marak dan rambut dibakar kerana tidak menutup aurat,” katanya yang turut menggalas tugas sebagai guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara.

Turut bersyukur dengan hidayah yang diberi-Nya, Farah merasakan ia adalah satu keajaiban dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, hidup saya semakin tenang dan saya tidak menyesal untuk memilih jalan ini. Saya sanggup tinggalkan semua nikmat yang diberi oleh-Nya jika itu adalah jalan terbaik,”katanya.~ SH

0 comments:

Post a Comment

Followers