Hangus : Rahsia Pernikahan Adun Pas Dengan Gadis Kemboja Dibongkar BoLaWeiii TukarKelantan
Tahun 2010 seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya
isteri kedua ADUN PAS Melor di Kelantan telah membawa kes tuntutan
mutaah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Dalam tuntutan itu wanita
berkenaan menuntut RM 3 juta daripada bekas suaminya.
Perbicaraan kes tersebut menjadi bualan umum di Kelantan dan seluruh negara kerana ia melibatkan seorang ADUN PAS.
Dalam masa yang sama mencemarkan reputasi PAS. Walaupun
tiga tahun telah berlalu timbul persoalan kenapa kes berkenaan senyap
begitu sahaja sehingga kini ?
Rupa-rupanya kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri kedua adun berkenaan diselesaikan luar mahkamah.
Difahamkan wanita berkenaan berjaya mendapat RM 3 juta yang
dituntut dari bekas suaminya hasil bantuan kawasan balak yang
dianugerahkan oleh Nik Aziz. Atas alasan menjaga air muka tok guru dan
PAS Kelantan Nik Aziz telah menganugerahkan kawasan balak kepada adun
berkenaan yang mana kawasan berkenaan kemudiannya dijual dan wang
digunakan untuk membayar tuntutan wanita berkenaan.
Banyak sebab yang membuatkan PAS Kelantan takut jika
perbicaraan itu diteruskan. Kerana itulah mereka memilih untuk tidak
meneruskan perbicaraan dan cari jalan untuk selesaikan luar mahkamah
bagi mengelak PAS diaibkan.
Namun begitu bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan daun
pisang. Sebijak-bijak PAS hendak menutup kisah berkenaan akhirnya
terbongkar jua.
Jika kes tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.
1 - Jumlah harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 - Siapa jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 - Surat nikah palsu Pertama, ketika perbicaraan sebelum
kes ditarik balik wanita berkenaan memberitahu mahkamah bahawa beliau
yakin bekas suaminya mempunyai harta yang melebihi RM 3 juta - malaysia
insider 29 sept 2010.
Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah
kekayaan seorang ADUN PAS yang sering mengaku mereka miskin, dan dari
mana datangnya hasil kekayaan itu.
Ejen nikah sindiket - foto di bawah jurunikah, kanan saksi
Kedua, orang yang menikahkan mereka adalah ADUN PAS Air Lanas, Abdullah
Ya'kub dan saksinya adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang
juga salah seorang ADUN PAS di Kelantan.
Mereka dinikah dalam bilik hotel di Kemboja. Jika
perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah cerita ADUN PAS
menjalankan khidmat pernikahan sindiket dan kesan lebih teruk lagi
kerana yang melanggar peraturan berkenaan adalah wakil rakyat dan
seorang Speaker DUN.
Ketiga, apabila mendapat berita bekas isteri ADUN Melor
akan membawa kes berkenaan ke mahkamah, ADUN Melor telah meminta
pertolongan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Rahimi Madani
yang juga bertindak sebagai bomoh rasmi Husam serta bomoh kepada Satay
Malaysia telah pergi ke Thailand untuk mendapat satu surat nikah yang
tarikh telah dikebelakangkan (back dated) sebagai bukti nikah kepada
mahkamah.
Jika perbicaraan tersebut diteruskan maka semua ini akan terbongkar kerana seorang adun terlibat menggunakan dokumen palsu.
Begitulah cekapnya PAS melakukan kerja-kerja mengambuskan
kesalahan orang mereka. Yang menjadi mangsa adalah tanah-tanah balak
Kelantan untuk menutup kebejatan pemimpin-pemimpin PAS, demi kepuasan
nafsu ADUN mereka mendapat 'barang baik' made in Cambodia.

0 comments:
Post a Comment