Bekas Penyanyi Berhijrah...Bukan Macam Abby
Masih ingat dengan lagu Getaran yang dipopularkan oleh seorang penyanyi
remaja pada tahun 80-an dulu, Famieza? Lagu itu pasti masih diingati
tetapi tuannya mungkin ada yang dah tak berapa nak ingat.
Famieza atau nama penuhnya Famiza Zulkifli kini meninggalkan terus dunia
seni dan sedang berjaya sebagai seorang usahawan kosmetik halal melalui
syarikatnya Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd.
Dia berjawatan Pengarah Urusan. Syarikatnya juga bertindak sebagai
pengilang produk halal yang berpusat di Kedah.
Malam tadi Famiza mewakili syarikatnya hadir dalam majlis makan malam
sempena malam media di Kelab Darul Ehsan, Selangor yang dianjurkan oleh
Shapers (berkaitan dengan pengeluaran produk halal). Dia turut
menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang. Imejnya sekarang
berpurdah. Dia hadir ditemani salah seorang anaknya.
Famiza, 41, kini fokus kepada bisnesnya dan imejnya yang berpurdah
pastilah tidak memungkinkan dia menyanyi semula. Namun dia memberi izin
kalau gambar lamanya digunakan, cuma untuk bergambar hari ini dia akan
kekal berpurdah.
Memandangkan dia dah berpurdah pastilah kenalan lama tidak perasan. Bila
melihat wartawan lama yang pernah menemuramahnya dulu, Huzz ada dalam
majlis itu, dia menyuruhkan stafnya merapati Huzz sambil memberikan kad
perniagaannya.
Bila Huzz, Editor majalah URTV dan Penolong Editor Mangga, Shikin
Hassan datang kepadanya, dia masih melayan wartawan hiburan itu dengan
baik. Dia juga tidak menolak untuk bergambar.
Perbualan mereka lebih kepada kehidupannya hari ini yang maju dalam perniagaan produk halal.
0 comments:
Post a Comment