BEKAS KEKASIH ABBY KATA TINDAKAN ABBY AGAK MELAMPAU.
Selepas
beberapa isu yang ditimbulkan oleh Abby Abadi sebelum ini mengenai
penglibatannya dalam politik, banyak respon-respon samada negatif
ataupun positif yang telah diberikan dari pelbagai pihak.
Namun
begitu, pertemuan dengan Zul Ariffin yang juga bekas kekasih Abby Abadi
telah memberikan sedikit gambaran mengenai sikap Abby yang mungkin kita
belum kenali.
Menurut
Zul, dia memang mengenali Abby sebagai seorang yang lantang bersuara.
Ditanya apakah pendapatnya tentang isu yang sedang berlaku sekarang, Zul
hanya mengambil langkah neutral dan tidak mahu melibatkan diri dalam
isu ini.
Tindakan itu agak melampau. Tapi saya memang mengenali Abby sebagai seorang yang lantang bersuara. Jika pilihan itu yang dia mahukan, baguslah.
“Saya sememangnya tidak mahu terlibat dengan apa-apa perkara dan isu yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan saya.”
Zul turut tidak menolak bahawa namanya semakin dikenali selepas dia bersama dan berpisah dengan Abby.
“Saya
boleh terima jika orang mengatakan bahawa saya semakin dikenali selepas
bersama Abby. Namun disebalik itu, saya pun ada juga bekerja keras
untuk diri sendiri,” ujar Zul lagi.
Dalam
pada itu, Zul sekarang sedang menunggu untuk ditawarkan sebuah filem
‘martial art’, namun masih belum dapat dipastikan tajuknya. -OhBulan
0 comments:
Post a Comment