Anzalna Bosan Cerita Kisah Kahwin
Seperti yang semua sedia maklum, pelakon cantik, Anzalna Nasir pernah
mendedahkan hasratnya mahu menamatkan zaman bujangnya sebelum dirinya
berumur 27 tahun.
Walaupun begitu, pelakon ini mengatakan
dia sudah tidak mahu membicarakan lagi mengenai kisah cintanya atau
tentang rancangan perkahwinannya bersama kekasihnya iaitu Hanif Zaki
kepada pihak media seperti sebelum ini.
“Saya sebenarnya sudah tidak mahu komen
atau cerita pasal kahwin. Cukuplah orang tahu yang saya merancang untuk
berkahwin sebelum menginjak ke usia 27 tahun. Lagipun, dah banyak kali
cerita kahwin ini disiarkan. Saya sendiri dah muak baca, apatah lagi
peminat. Jadi, lebih baik bercerita tentang lakonan saya sahaja,”
katanya yang dipetik melalui Gua.com.my
Dalam perkembangan lain, bakat Anzalna
kini mula diberi perhatian oleh penggiat serta peminat hiburan tanah air
apabila dia mula diberi watak utama dalam pelbagai naskhah yang
dilakonkannya kini.
Antaranya menerusi Slot Samarinda TV3
yang berjudul Bangkitnya Seorang Perempuan dan drama bersiri terbitan
KRU Studios iaitu Maskara yang turut dibintangi Lisa Surihani, Nasha
Aziz dan Adrea Abdullah.
Baguslah begitu, tingkatkan prestasi anda dalam bidang lakonan dan semoga Anzalna terus sukses dalam kariernya itu.
0 comments:
Post a Comment