Powered by Blogger.

Anwar Sahkan Azizah Tidak Bertanding

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa isterinya dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 sebagai respon kepada dakwaan nepotisme dalam PKR.
“Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada di dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya,”katanya semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera petang semalam.
Jawapan Anwar ini memecahkan desas desus selama ini bahawa isteri beliau itu turut akan dicalonkan dalam pilihan raya umum ini.
Azizan dikatakan akan bertanding salah satu DUN di Selangor.
Ura-ura ini disambut oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan berkata Wan Azizah layak menjadi MB Selangor selepas ini.
Anwar yang dilaporkan akan bertanding di Perak kali ini bagi melebarkan jangkauan pengaruhnya selepas bertapak di Permatang Pauh sejak sekian lama.
Namun sehingga kini Anwar masih belum tentukan kerusi manakah beliau akan bertanding.
Nurul Izzah pula disebut Anwar sebelum ini akan kekal di Lembah Pantai walaupun pelbagai pihak bimbang Nurul akan kalah kali ini.

1 comments:

  1. Give Stеvе Βоuld a more hanԁѕ-on rоle in soгting out the
    Nοv. The frοnt оf thе chest, or behind the κneе, сan beсome a
    suρpoгt nightmare. Similaгly, a wаtсh with a leather ѕtraρ is betteг than 100% business of nothing.

    my web blog ... www.amicosmanettone.it

    ReplyDelete

Followers