Adibah juara program realiti agama Dai: Pendakwah Milenia musim pertama
Kemenangan
tersebut turut melayakkan gadis berusia 21 tahun ini membawa pulang
hadiah berupa wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi dan hadiah
sampingan.
Menarik mengenai mahasiswa Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini, dia merupakan finalis yang diberi
peluang kedua kembali selepas tersingkir pada minggu ketujuh.Mengulas mengenai kemenangan empunya nama Nor Adibah Rozain ini, ketua juri Dai: Pendakwah Milenia, Zainal Ariffin Ismail berkata, Adibah memikat hati juri dengan mutu persembahan yang mantap.
“Dia menggunakan strategi tersendiri untuk meletakan dirinya sebagai juara.
“Ia dapat dilihat apabila tugasan kedua di peringkat akhir ini dijalankan dengan cukup sempurna apabila dia menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dan padat,”
katanya dalam sidang media selepas pertandingan ini berakhir.
Tambah Zainal, walaupun Adibah melakukan kesalahan, namun dia mengakuinya dan segera memohon maaf.
“Ini yang membuatkan kami sepakat memilih Adibah, dia sedar kesilapan yang dilakukan dan berusaha membaikinya semula.
“Malah, pengisian yang penuh dengan
ayat al-Quran dan hadis memantapkan lagi penyampaiannya,” katanya cara
Adibah cukup dekat dan terkesan di hati masyarakat.Mengulas mengenai finalis Azamudin dan Hadhari pula, akui Zainal, keduanya turut mempunyai kehebatan masing-masing.
“Azam misalnya cukup sempurna menjalankan tugasan dari minggu pertama sehingga ke hari ini namun, ada sedikit kekurangan yang masih perlu diperbetulkan lagi.
“Manakala Hadhari pula, bagi kami dia perlu lebih bersedia berhadapan dengan sebarang cabaran yang diterima,” katanya.
Selain
Zainal, tiga lagi juri tetap yang diundang adalah Ustaz Sharhan Shafie,
Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akedemi Pengajian
Islam Universiti Malaya, Ustaz Roslan Mohamed dan Penasihat Eksekutif
Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil.
Bukan undi popular
“Kita tidak menentukan pemenang menerusi undi dan kepopularan seseorang finalis itu, sebaliknya kemenangan mereka ditentukan oleh juri yang benar-benar layak sahaja.
“Jadi, tidak timbul isu meniru program berkenaan,” katanya.
Diaju pertanyaan mungkin program ini akan ada musim kedua, ujar Shukri, semuanya bergantung kepada pihak stesen itu.
“Semuanya dalam perancangan dan kami
harap akan ada musim kedua memandangkan ini platform terbaik mencungkil
bakat baru dalam bidang dakwah di negara ini,” katanya.Diaju pertanyaan mungkin program ini akan ada musim kedua, ujar Shukri, semuanya bergantung kepada pihak stesen itu.
Hadiah kemenangan untuk berdakwah
Bergelar
juara bukanlah segalanya bagi Adibah, sebaliknya dia bersyukur kerana
berjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan baik sehingga beroleh
kemenangan.
Menurut Adibah, dia tidak menyangka rezeki berpihak kepadanya.
“Bukan mudah untuk tampil lebih baik dari Azamudin dan Hadhari.Menurut Adibah, dia tidak menyangka rezeki berpihak kepadanya.
“Mereka merupakan pendakwah yang hebat semua ini telah ditentukan oleh ALLAH SWT,” katanya tanggungjawabnya sebagai Dai akan lebih besar selepas ini.
Ditanya
apakah yang akan dibuat dengan wang kemenangan itu, jawab Adibah sambil
tersenyum, dia akan berkongsi hadiah tersebut dengan mereka yang banyak
menyokongnya selama ini.
“Sudah pasti saya akan memberikannya kepada ibu dan bapa selain membelanja rakan-rakan yang banyak membantu perjuangan saya.
“Dalam pada itu, ia juga akan digunakan untuk tujuan dakwah,” katanya lagi.
Reda keputusan juriSementara itu bagi Azamudin dan Hadhari, kekalahan tidak bererti apa-apa kepada mereka.
“Sebelum melakukan tugasan terakhir, kami telah berbincang, siapa yang kalah atau menang bukan menjadi persoalan.
“Apa yang kami lakukan ini adalah perjuangan sebagai Dai, yang penting kami telah melakukan yang terbaik,” kata mereka reda dengan keputusan juri.
Tambah kedua-duanya, mereka berbangga dengan kejayaan Adibah dan berharap dapat meneruskan aktiviti sebegini bersama selepas tamat program ini.
Pun
begitu, Azamudin dan Hadhari tidak pulang dengan tangan kosong,
sebaliknya mereka turut menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai
berjumlah RM5,000 berserta trofi dan hadiah sampingan.
Sedikit mengenai tugasan terakhir
mereka, ketiga finalis telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan dua
tugasan iaitu tinggal bersama keluarga angkat di perkampungan orang asli
selama tiga hari dua malam dan diuji tahap penguasaan mereka dengan
ilmu Islam yang berkaitan dengan Akidah, Fiqah dan Sirah Nabawiah.
0 comments:
Post a Comment